Khamis, Disember 31, 2015

Laporan Kehidupan Siri 1:Menggamit kenangan 2015

Tahun 2015..
Kenangan demi kenangan..
Sebelum itu sebagai penghargaan ingin mengucapkan terima kasih kepada:

Ibu bapa dan ibu bapa (ada 2 ibu dan bapa)
Isteri dan Muhammad Nur Hakimi
Keluarga kedua duanya termasuk di Pahang
Rakan-rakan antaranya:
Sufian kerana menjadi co driver semasa balik ke Pahang
Rakan rakan guider
Rakan rakan pergunungan
Rakan rakan sekolah
Rakan rakan sekerjaan
Dan semuanya lah kerana memberi erti dan pengalaman sepanjang tahun 2015.
Alhamdulilah sepanjang 2015 banyak Allah kurniakan kenikmatan,kemanisan dan kejayaan dalam hidup walaupun ada sedikit cabaran dan dugaan ianya adalah perkara yang biasa untuk mematangkan diri dan kehidupan.

Januari 2015:Persiapan isteriku untuk bersalin
Hmm..berdebar menjadi bapa
berdebar segala galanya..
Nak bersalin private atau kerajaan antara pendebatan yang berlaku di media sosial
Nak bersalin di private tidak mampu
Tawakal dan teruskan keputusan untuk bersalin di hospital kerajaan
Isteriku kerap masuk wad lantaran ada darah tinggi ketika mengandung
Debaran hanya Tuhan sahaja yang tahu
Apapun isteriku masih cergas untuk bershopping barang baby..

Febuari 2015:Putera sulung Muhammad Nur Hakimi menjengah duniaa
07/2/15:Pemeriksaan terakhir di klinik kesihatan.Masa tu naik motor..Bila check hypertention.Terus dikejarkan ke hospital
08/2/15:Masuk wad saringan..Belum bersalin lagi..Debaran hanya Tuhan sahaja yang tahu
13/2/15:Ambil mak mertua di Pahang dengan bantuan Sufian
15/2/15:Akhirnya Putera sulungku selamat dilahirkan di dunia..
16/2/15:Cuti seminggu dan isteriku berpantang di Pahang selama 3 bulan

April 2015:Pendakian Gunung Pulai bersama Amri.Krem semasa turun pendakianwaktu malam lalu beliau memberikan bantuan sewajarnya.

Ogos 2015:Pendakian Tok Nenek bersama rakan Kg Melayu..Fuhh sungguh psiko laluannya.Untuk sampai ke base camp memerlukan 8 jam perjalanan.Bila dah sampai ke kem Hari nak ke kem berlumut pacak nya tak ingat.Alhamdulilah sampai juga ke puncak pada waktu petang jam 1 petang

Disember 2015:Abseiling antara aktiviti idaman sy.Ini adalah aktiviti penutup 2015.Alhamdulilah dengan kerjasama jurulatih sy berjaya menamatkan aktiviti abseiling ini

Apa kesimpulan dapat dibuat tahun 2015 ni?
-Mencabar sebenarnya.Dari segi kerjaya juga menuntut kesabaran yang tinggi.
-Kenal juga rakan bermuka muka dan berpura pura bagus
-Harga barangan keperluan antara menjadi perbincangan dengan isteri setiap bulan
-Hutang juga bertambah bunga

2016 ni apa azamnya?
Kerjaya:Perbaiki apa yang patut serta berhati hati
Pergunungan:Salah satu G7 dan Gunung Tahan masih dijadikan impian untuk mendakinya
Kewangan:Teruskan penjimatan perbaik rancangan
Anak:Didikan yang sempurna
Keluarga:Diharapkan semuanya sihat belaka

Bersambung dengan kiriman gambar Siri 2.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin