Jumaat, Oktober 28, 2016

Review Jalan Jalan Pulai Laluan Pelajaran,Gunung Pulai

Salam sejahtera,
Terlebih dahulu ingin saya ucapkan salam takziah kepada pesakit dan staf yang terlibat dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah,
Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut lantaran tiada kepakaran mengenainya,
Usahlah kita menambah spekulasi.

Tapi dari berita yang saya lihat dari yahoo.com
Kebakaran bukan berpunca dari tong oksigen dan pengecas telefon bimbit seperti yang dinyatakan dalam blog dan media sosial,
Laporan akan disiapkan secepat mungkin,
Pesan saya jangan tambah lagi spekulasi yang melanda.
Rujuk link:berita nst

Baru baru ini saya bersama kak siti dan adik kepada isteri saya mendaki Gunung Pulai.
Sudah biasa mendaki gunung ini namun pada kali ini saya ingin cuba laluan hutan.
Laluan hutan bermula dengan jalan tar sepanjang 800m
Selepas susur air terjun baru berjumpa dengan laluan hutan.

Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana membaiki kemudahan sedia ada.Ada tandas,bilik air dan pejabat hutan.Juga ada kedai menjual makanan ringan dan air juga disediakan.
Laluan hutan juga menjanjikan cabaran tersendiri kerana anda akan mendaki 3 laluan curam mencanak.Dan selepasnya landai sehingga ke kawasan lapang yang memuatkan lebih 3 buah khemah.Malangnya tiada sumber air.

Gambar akan saya update kemudian di kirakiragambar.com..

Iklan sekejap..
Sape nak beli coin emas klik sahaja link di bawah.

Dah lama tidak update..

Hakimi belon belon
Salam sejahtera.
Sekian lama saya tidak update apa yang ingin dicoretkan di dalam blog.Kata orang lain ianya dah bersawang.
Apabila bersawang kita kena bersihkan.
Alhamdulilah meskipun peminat saya tidak lah ramai,seperti maklum blog saya tidak ramai pengikut.
Tetapi tidak mengapa selagi hayat dikandung badan saya akan update blog saya.

Rabu, Mei 04, 2016

Iternery pergi bercuti.?Bahagian 1


Salam ceria..
Bercuti lah kami sekeluarga..
Sebenarnya sudah beberapa hari saya dan isteri berbincang hendak ke mana hujung bulan ini.
1 mei adalah hari buruh.
Maka secara tidak rasminya bercuti 3 hari.
Maka dengan bajet yang ada dan destinasi yang tidak berapa jauh adalah negeri Melaka.

Ada apa dengan Melaka?
Kalau sebut tentang Melaka ianya terkenal dengan zoo.
Zoo Melaka adalah berkeluasan 52 ekar dengan menempatkan beberapa seksyen haiwan.
Senang jer nak pergi..Hanya keluar susur air keroh dan cari papan tanda zoo..Zoo terletak di bahagian kiri.

1..Da sampai zooooo
f2.8 1/640 ISO 400


2.Namanya burung kakak tua
f1.8 1/250 ISO 100
Apa pendapat saya tentang zoo ini?
a)Tidak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.Kurang haiwan,tidak terjaga laluannya..
b)Kebanyakan haiwan rela menyorokkan diri dari pandangan umum..Kerana cuaca panas.
c)Mencampur adukkan permainan luar macam kereta mainan kawalan jauh.

Yang bestnya ada persembahan burung.
3.Burung flamingo jadi model
f4 1/250 ISO 200
4.Itik kot..haha
f2.8 1/400 ISO 200
Ini adalah laluan safari
5.Macam rusa
f1.8 1/1000 ISO 500
6.Ini zirafah
f5.6 1/400 ISO 200

Bersambung bahagian akhir....









Iternery pergi bercuti? Siri akhir

Kita sambung lagi ceritaaaa

Selepas membayar saman parking..nasib la hanya saman rm 10..
Kemudian bertolak lah sekeluarga ke pantai klebang.
Mula mula ingat nak melawat kapal selam tapi tengah ubah suai.
Maka berhijrahlah ke pantai klebang coconut shake.

1.Like bapak like anak.
f3.2 1.3200 ISO 500
Setelah berbincang dengan isteri maka bersetujulah membeli 6 cawan coconut shake.
Kelapa yang segar dengan rasa nya yang sama mula mula pergi dahulu.
Pelanggan pun tak berepa ramai.
Apapun 18 bintang untuk coconut shake yang sedap.

2.Gambo lagi di pantai klebang
f3.2 1/1000 ISO 400
Lapar..bila gi melaka teringat sifoooood yang murah katanya..
Umbai yang teringat di ingatan.
Jika ikut GPS hanya 18 km dari klebang.
Dengan menempuh kesesakan jalan akhirnya kami sampai di Umbai.
Saya tak tahu di mana kedai Parameswara.
Akhirnya sepakat dengan isteri untuk makan di kedai Seri Citra..

3.Gambar umbai..ada pulau di hadapan
f22 0.5s ISO Lo 0.3
Saya memilih 2 ekor ketam,1/2 kg udang,1/2 kg kerang ,tomyam,kailan ikan masin dan air tembikai bersama 2 teh o panas.Kami dicaj rm 124.80..Terkejut sekejap
Masakan out..Layanan out.Sekali sahaja pergi.Dengan bayaran mahal maka dah tidak percaya sudah kata rakan rakan seafood murah di Melaka.
Teringat makan di Kuala Kedah dengan harga rm 84.80 sen 2 orang makan..
Tiba di rumah jam 11 malam susur keluar ke Jasin yang agak jauh susur keluarnya

Perbelanjaan..
Tol :rm 50
Minyak:rm 60 RON 97

Tiket zoo dan lain lain:
rm 45 + rm10 + rm 16 :rm 71

Makan siiiiiiifoooood:rm 124.80
Coconut shake:rm 2.70 x 6 :rm 16.20 sen
Kopi staaarbak: rm 24
Jumlah:rm 346.00

Komen saya :
a)Saya tahu seafood mahal.Perlukan poket tebal.Untuk menambah baik sila catat harga per gram udang,ketam dsb..serta tambahan caj upah masak.Atau buat bungkus satu satu misalnya ada udang,ketam,siakap dalam 1 pinggan..bungkus pakai plastik...
b)Kalau gi melaka sila sediakan duit belanja mencukupi.Belum lagi mandi di bayouu lagoon,a farmosa resort dan sebagainya.Tiada yang percuma
c)Pergi waktu bekerja.Tidak sibuk.Waktu puncak waktu tengahari serta waktu petang
d)Saya tidak melawat bandar hilir kerana sudah selalu pergi.
e)Cuaca panas perlu banyak minum air.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin