Kita sambung lagi ceritaaaa
Selepas membayar saman parking..nasib la hanya saman rm 10..
Kemudian bertolak lah sekeluarga ke pantai klebang.
Mula mula ingat nak melawat kapal selam tapi tengah ubah suai.
Maka berhijrahlah ke pantai klebang coconut shake.
1.Like bapak like anak. f3.2 1.3200 ISO 500 |
Setelah berbincang dengan isteri maka bersetujulah membeli 6 cawan coconut shake.
Kelapa yang segar dengan rasa nya yang sama mula mula pergi dahulu.
Pelanggan pun tak berepa ramai.
Apapun 18 bintang untuk coconut shake yang sedap.
2.Gambo lagi di pantai klebang f3.2 1/1000 ISO 400 |
Lapar..bila gi melaka teringat sifoooood yang murah katanya..
Umbai yang teringat di ingatan.
Jika ikut GPS hanya 18 km dari klebang.
Dengan menempuh kesesakan jalan akhirnya kami sampai di Umbai.
Saya tak tahu di mana kedai Parameswara.
Akhirnya sepakat dengan isteri untuk makan di kedai Seri Citra..
3.Gambar umbai..ada pulau di hadapan f22 0.5s ISO Lo 0.3 |
Saya memilih 2 ekor ketam,1/2 kg udang,1/2 kg kerang ,tomyam,kailan ikan masin dan air tembikai bersama 2 teh o panas.Kami dicaj rm 124.80..Terkejut sekejap
Masakan out..Layanan out.Sekali sahaja pergi.Dengan bayaran mahal maka dah tidak percaya sudah kata rakan rakan seafood murah di Melaka.
Teringat makan di Kuala Kedah dengan harga rm 84.80 sen 2 orang makan..
Tiba di rumah jam 11 malam susur keluar ke Jasin yang agak jauh susur keluarnya
Perbelanjaan..
Tol :rm 50
Minyak:rm 60 RON 97
Tiket zoo dan lain lain:
Tiket zoo dan lain lain:
rm 45 + rm10 + rm 16 :rm 71
Makan siiiiiiifoooood:rm 124.80
Coconut shake:rm 2.70 x 6 :rm 16.20 sen
Makan siiiiiiifoooood:rm 124.80
Coconut shake:rm 2.70 x 6 :rm 16.20 sen
Kopi staaarbak: rm 24
Jumlah:rm 346.00
Komen saya :
a)Saya tahu seafood mahal.Perlukan poket tebal.Untuk menambah baik sila catat harga per gram udang,ketam dsb..serta tambahan caj upah masak.Atau buat bungkus satu satu misalnya ada udang,ketam,siakap dalam 1 pinggan..bungkus pakai plastik...
b)Kalau gi melaka sila sediakan duit belanja mencukupi.Belum lagi mandi di bayouu lagoon,a farmosa resort dan sebagainya.Tiada yang percuma
c)Pergi waktu bekerja.Tidak sibuk.Waktu puncak waktu tengahari serta waktu petang
d)Saya tidak melawat bandar hilir kerana sudah selalu pergi.
e)Cuaca panas perlu banyak minum air.
1 ulasan:
masih aktif ber blog adichik
Catat Ulasan