Salam sejahtera..
Seperti yang dijanjikan ada aktiviti penutup tahun 2015
Dah jarang untuk mengikut aktiviti lasak sejak mendaki Tok Nenek.
Abseiling bg sy ianya adalah aktiviti rare..
Sebab kurang kumpulan nak buat abseiling di air terjun
Apa itu abseiling?
Abseiling adalah sejenis aktiviti lasak yang menggunakan kekuatan tangan dan kaki untuk digunakan semasa menuruni dinding/bukit/air terjun.Lazimnya terdapat beberapa utas tali yang digunakan untuk menuruni air terjun.
Keselamatan/Risiko?
Risiko adalah maksimum...tetapi jika dilakukan dengan cara yang betul ianya tidak membahayakan.Harus dilakukan bersama beberapa jurulatih terlatih dan berlesen untuk melepaskan peserta dalam aktiviti ini.
Caranya?
a)Pertama...Jangan panik
b)Harus tahu kekuatan tangan yang mana.
c)Akan ada 3 jenis tali.Tali yang pertama adalah untuk guide di mana kita turun.Tali yang kedua adalah brek.Tali yang ketiga adalah tali kecemasan..Sekiranya 2 tali telah terputus masih ada tali yang ketiga yang berlainan warna
d)Kaki dikangkang kan ..Kaki tegak dan secara perlahan lahan kawal tali yang berperanan sebagai brek.
e)Akan ada orang yang mengawal di bawah untuk mengawal situasi sekiranya berlaku kecemasan..
Laporan Abseiling Pelepah Kiri
8 pg:Semua peserta berkumpul di parking air terjun
8:30pg:Taklimat dan mulakan pendakian
9:30pg:Lepak di air terjun pelepah untuk buat abseiling
11pg:Mula abseiling
4ptg:Tamat aktiviti dan keluar hutan
Abseiling ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berlesen dari kumpulan iftitah memo..
Kelebihan:Staf dan jurulatih yang sudi berkongsi ilmu..Friendly
Kekurangan:Tiada makanan tengahari
Penyelesaian:Adakan makan tengahari sekiranya aktiviti melebihi 4 jam
Gambar terdapat di kirakiragambar.com.Laporan siri akhir akan ada mengandungi gambar yang tidak terdapat dalam kirakiragambar.com.
Trimas kepada semua staf Iftitah memo,rakan rakan pergunungan yang dri kl..pontian..pelajar pelajar dan semualah yang terlibat.Abseiling ini boleh diadakan lg dan jika tiada aral melintang boleh berjumpa lagi..
Selepas ini:Abseiling Pelepah Kiri (Siri Akhir)
Gunung Panti&Air Terjun Pelepah Kiri boleh lihat laporannya pada status yang lepas..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan