Rabu, Oktober 14, 2015

Tukar duit syiling?Boleh ke?Susah?

Salam sejahtera,
Semalam pergi ke Bank Harimau (Maybank) cawangan Jalan Wong Ah Fook..
Atau di CS (CITY SQUARE)
Setelah geram melihat duit syiling penuh.

Selalu dengan kerajinan tahap maksima
Rajin mengira kepingan duit syiling
Lalu dengan kecanggihan yang ada pada masa kini
Mesin duit syiling dicipta

Berikut adalah caranya..(Maybank cawangan City Square)
1.Ambil nombor giliran.Nyatakan tujuan untuk mengambil duit syiling
2.Naik ke tingkat atas,mesinnya berada di hadapan kaunter 12
3.Pada bahagian mesin tersebut terdapat 2 butang.Tekan butang A untuk Bahasa Melayu
4.Letakkan sedikit demi sedikit duit syiling di bahagian slot
5.Tekan butang A jika mahu menambah duit syiling atau butang B sekiranya selesai 
6.Periksa duit syiling yang keluar jika mesin tidak dapat memprosesnya
7.Tunggu resit.Resit ini merupakan rujukan dan voucer
8.Tunggu hingga nombor dipanggil
9.Sekiranya dah dipanggil sila isikan nama dan nombor akaun Maybank
10.Selesai.Duit masuk dalam akaun jam itu juga

Peringatan:
1.Voucher tersebut sah untuk beberapa jam
2.Jangan hilangkan
3.Jika masukkan duit syiling Singapura pun ianya akan rejek juga.Bijakkan mesin ini.

Selepas ini akan cuba menyimpan berapa banyak syiling yang dapat dikumpul.Nanti nak cuba mesin syiling CIMB..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin