Jumaat, Ogos 14, 2015

Apa cerita Kuala Lumpur Siri 1(hanya monolog)

Salam ceria dan salam muhibbah
Memandangkan ringgit Malaysia semakin menurun,
Maka sy mengambil langkah drastik menstrukturkan kewangan..haha

Baru baru ni ada kursus di Kuala Lumpur.
Ibarat reunion lama dengan pensyarah di kolej lama,
Mendengar kembali kuliah kolej yang pernah diajar dulu,
Jumpa kawan 1 batch..junior 
Dan jumpa juga jurujual mesin yang tersenyum bila ditegur.

Ok,,bukan topik kursus ingin diceritakan..
Tetapi ingin bercerita tentang Kuala Lumpur,
Sebut sahaja Kuala Lumpur kebanyakan cerita Melayu menggambarkan ianya sebuah bandar metropolitan yang penuh dengan keindahan,kemodenan dan pekerjaan yang banyak.
Tetapi di sisi gelapnya?kalau pelacur jer mesti KL..Part time GRO mesti KL..
Lainkali kena tukar..asyik KL jer.

a)Pengangkutan
Sekarang ni pengangkutan sudah lengkap di KL.Naik bas jika ingin menggamit kenangan 80 an.Kalau nak rasa moden boleh naik monorail atau LRT.Ada yang atas jalan raya,atas kepala,bawah tanah.Pendek kata dah mudah sangat tidak macam dulu.Dari KLIA 2 boleh terus pergi ke KLCC melalui TBS serta transit di Masjid Jamek terus ke KLCC..Mudahkan..

Sekarang ni dah ada polis bantuan untuk jaga garisan.Pengumuman ala ala kebudak budakan pun selalu diulang.."Perhatian kepada semua penumpang.."haha..

Kontra
Perlu panjangkan gerabak supaya muat lebih ramai manusia
Perlu adakan pembahagian keluar masuk untuk masuk ke gerabak.

b)Kecepatan masa/ketepatan masa
Semua nak cepat.Jika nak merasai macam Jepun,silalah berjalan kaki di transit monorail ke LRT..Eskalator pun ciput jer untuk kepadatan manusia naik dan turun.Jika nak senaman sila naik/turun menggunakan tangga manual.Dan setiap tangga di LRT/monorail ada sistem untuk pengguna berkerusi roda.

Kontra
Sila lebarkan escalator/perbanyakan eskalator..kesian warga emas...lutut nak pakai lama
c)Bayaran tiket
Ok..sistem tiket sudah mengalami revolusi.Dari sistem tiket ke sistem token.Dari kaunter ke sistem automasi.Kaunter masih lagi ada untuk urusan manual

Kontra
Sistem debit/kredit kad masih belum boleh digunakan

d)Sosial
Jika nak merasa melihat manusia berkereta mewah sila pergi ke Bukit Bintang/Pavilion atau KLCC..Paling biasa kelihatan hanya model BMW m3 warna putih..Jika dibandingkan kadar ekonomi dengan apa yang dilihat jauh panggang dari api..Orang KL ok jer tgk..
Jika nak lihat sosioekonomi biasa boleh la ke Kampung Baru..Lagi jauh panggang dari api

e)Jurujual
Sangat menyedihkan apabila warga asing yang menjual oppo/samsung/nokia/sony dan kebanyakan handset..
Dan 7e pun guna warga bangla untuk dijadikan cashier.

f)Bahasa
Bahasa rasmi di KL adalah bahasa inggeris.Hanya di kedai makan kampung baru masih menggunakan bahasa kebangsaan..hahahaha

Apapun ini adalah ulasan peribadi..Jangan ambil hati..Ini yang sy perhatikan dan alami sendiri..
P/s:Lega dengar bahasa kebangsaan yang dipertuturkan di kaunter SkyBridge KLCC..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin