Salam sejahtera..
Raya tahun ini sebelah isteri..
Bersedia ambil cuti hampir 8 hari
Apapun ini kali pertama beraya di perantauan orang..haha
Kali ini saya pergi ke Kuantan melalui jalan Mersing
Bermalam di Kuantan kemudian baru bertolak ke kampung
Terima kasih kepada Abu Hakeem Ar Rayyan kerana sudi belanja nasi arab semasa berbuka
1. Tak sabar nak berbuka.. |
Gambar sekeluarga..
2.Nasi Arab kambing sekilo.. |
Banyak perbincangan tetapi antara keluarga..tidak perlu lah diperbincangkan di blog.
Keesokkannya mula bertolak ke Raub
Setelah dikaji dengan teliti maka laluan ke Raub seharusnya bertentangan dengan laluan ke Kelantan.
Maka kami memilih laluan chenor-jengka-temerloh-benta..
Tidak jem tetapi jalannya berselekoh.
Hari Raya di Pahang terkenal dengan hidangan lemang.
Tidak seperti di Johor ketupat merupakan hidangan utama
Namun jika dilihat dari segi penjualan daging segar..sekitar kawan Raub sahaja sudah ramai yang menjual daging
Pembeli sudah mula berkumpul sekitar jam 4 pagi semata mata memilih daging yang paling lembut
Gambar sikit..
3.Gambar keluarga sebelah isteri |
4.Gambar penuh family tok awang... |
Siapa kata balik kampung tidak seronok.
Bagi sy tidak kisahlah mana mana kampung
Rasa seronok bila menempuh jem dengan tujuan yang satu
Ingin sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Beraya di Johor menjanjikan pelbagai hidangan..
Gambar family di Johor..
5.Singgah sebentar ke Kota Tinggi melawat keluarga pak ngah |
Apapun kembalilah menjenguk keluarga kita.
Walaupun berhabis wang ringgit tetapi berjumpa dengan keluarga adalah 1 nikmat yang tidak terungkap...
P/s:Tahun depan kena kerja..
Tok nenek aku datang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan