Jumaat, Disember 09, 2011

Salam ceria,salam muhibbah..
Hari ni sy nak share sikit tentang asas prinsip kamera yang paling mudah..
Mengikut beberapa rujukan dari majalah DSLR Magazine..
Beberapa orang rakan bertanya soalan yang paling asas..
a)Nikon vs Canon mana lebih baik..
b)Kalau Megapixels besar,makin cantik kan gambar?
c)ISO tu apa?
d)Image Sensor tu apa?
e)Fokus..Apa beza Af Auto,Af Continuos dengan Selected Auto Focus
f)Kaitan Fokus dengan Kualiti Gambar?
g)Focal Length..(susah sikit nih)

Banyak lagi...dan baru-baru ini ada yang bertanya jugak?
"kaitan focus dengan hasil gambar tu..brapa saiz gambar yang akan dapat..saiz gambar tu berkaitan dengan ape.??."

Teringat dulu nak beli kamera pertama sy..just digital kamera..DSLR hanya angan-angan jer lah..
Megapixel makin besar makin cantik gambar..
Bila selidik dengan beberapa magazine dan pemerhatian sendiri rupa-rupanya tidak..

Untuk menjawab soalan A..
Nikon vs Canon mana lagi baik = Dua-dua jenama terbaik...Walaupun sy menggunakan Nikon d90 dan D3011..
Pernah jugak guna Canon 1100D,hasilnya agak neutral,cantik..Canon 5D lagi arr terbaik..

Kalau Megapixel makin besar,makin cantik kan gambar?
Apa itu Megapixel(MP)?
Hasil gambar yang kita ambil adalah beberapa gabungan pixel..Jadi kalau Mega + Pixel,bermaksud jutaan mega + pixel membentuk 1 keping gambar...Asal perkataan pixel adalah Picture Element...Kalau tengok kat komputer,kita akan nampak dot-dot yang sangat halus...

Apa itu Image Resolution?
Resolution adalah berapa banyak pixel yang ada samaada melintang atau menegak..Contohnya kalau 3MP ada 2048 pixel..Kalau 14MP ada 4500 pixel..

Pixel Count?
Pixel Count juga dikatakan Megapixel..Pengiraan mudah dengan mendarabkan bilangan pixel pada kedudukan melintang darab dengan bilangan pixel pada kedudukan menegak..Contohnya:
2048 pixel(melintang) x 1536 pixel(menegak) = 3145728 pixel = 3MP...(bundarkan)

Jadi?
Pembuat kamera cuba menarik pelanggan dengan momokan MP besar menghasilkan gambar yang terbaik..
Betul..dengan jumlah pixel yang tinggi menghasilkan gambar yang baik..Tapi perlu diingati bahawa semakin besar pixel semakin tinggi ruang memori kad yang diguna..Contoh,14.1 MP = 4.5mb berbanding 12.1 MP = 3.8 mb..Makin banyak memori kad yang digunakan..

Bermakna nikon d90(12.1MP) x baper baiklah sebab d3100 14.1MP?
Haha..lagilah salah..sebab sebenarnya d90 lebih baik dari d3100..walaupun dengan MP yang kecil sedikit..Jadi setiap tahun kenalah upgrade kamera sebab megapixel makin besar..Salah..Itu sebenarnya momokan penjual kamera yang nak suruh upgrade dan keluarkan duit kita..

ISO tu apa?
ISO adalah International Standards Organization...Setiap tahun tempat kerja sekurang 2 nya ada 1 ISO audit..hehe..

Jadi apa kaitan dengan kamera?
Ok..ISO ni adalah berapa sensitif kamera pada gambar yang kita nak amek..Makin rendah nilai ISO maka sensor kurang sensitif pada gambar..Makin tinggi ISO makin sensitif gambar yang kita nak amek..Tapi bila tinggi,gambar akan 'noise.'Noise adalah di mana gambar kelihatan berbintik-bintik akibat terhasil isyarat elektrik yang akan mengakibatkan gangguan pada sensor kamera..

Hmm..jadi penyelesaiannya?
Ok..contoh mudah..kalau nak amek gambar pada keadaan terang gunakan Lo ISO atau ISO 100..Bergantung kepada shutter speed yang kita guna..Kalau gambar kurang cahaya,malam atau sebagainya,gunakan flash..Jika tidak boleh gunakan flash,gunakan bukaan aperture(pada nikon simbol adalah f) besar,jika boleh..Kalau x boleh gunakan ISO 3200 atau ISO 6200..Kemudian reducekan noice pada Photoshop...

Fokus..Apa beza Af Auto,Af Continuos dengan Selected Auto Focus
Af Auto = adalah dimana kamera menganggap itu gambar yang kita nak amek..
Af Continuos = dimana subjek sedang bergerak,kamera akan meramalkan untuk kita gambar itu yang kita nak amek..
Selected/Manual f = Kita sendiri pilih titik mana yang kita nak fokus...

Habis tu macam mana prinsip AutoFocus (AF)?
Haha..panjang tu nak citer..nanti bersambung post akan datang..

Selepas ini akan menjawab beberapa persoalan lagi..
P/s:Jika silap tolong betulkan..Sharing is better than 'kedekut'














Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin