Jumaat, Disember 16, 2011

Salam ceria dan salam muhibbah..
Kali nak share sikit...apa itu image sensor?
Sambungan dari info yang lepas...
Jadi,apa dia digital camera sensor dan apa fungsi dia?
Ia adalah cip elektronik diperbuat daripada jutaan 'light sensitive' dipanggil photosites dan kebiasaannya dipanggil pixel.
Macam mana sensor merakam warna?
Setiap photosites ada pixel merah,hijau dan biru.Kompleks 'proses de-mosaic' digunakan untuk mengubah data mentah kepada kompleks,grid berwarna penuh akan diproses..Warna yang terdapat pada filter akan disusun mengikut mozek dikenali sebagai 'Bayer pattern.'Bayer ni nama orang dimana dia yang menjumpai 3 element warna iaitu biru,merah dan hijau..

Berapa besar 'photosites?'
Kalau compact camera cuma 500 x 500 pixel per square mm..Kalo pro level SLR ada 150 x 150 pixel per square mm.

Photosite tu penting ker?
Yep..sangat penting.Makin besar saiz photosite makin banyak cahaya diserap..Banyak cahaya bermaksud isyarat photosite yang ditukarkan kepada isyarat elektrik dikurangkan untuk membentuk gambar..Makin besar photosite makin kurang isyarat digital yang membentuk noise pada gambar..Maka SLR adalah pilihan terbaik berbanding compact camera..dan mengapa full frame (mcm d700 nikon) boleh mengambil gambar berkualiti tinggi dengan noise yang rendah berbanding budget DSLR..

Jadi..saiz sensor tu ada kesan x pada focal length?
Tiada..Focal length adalah tetap...

Bersambung,selepas ini?
Saiz sensor boleh x bagi kesan pada angle?
Kalau saiz sensor besar,bermakna bokeh yang terhasil cantik?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin