Jumaat, Mac 13, 2009

Salam ceria sumer...Apapun diharapkn korang sumer sihat...Trimas pd sesaper yang da tgk blog,dan trimas jgk bg ap2 info.Buat sementara ni tiada info atau makluman daripada kolej..Sekiranya ad makluman,sy akan bagitau korang...

Semalam,keputusan SPM diumumkan.Tahniah bagi yang berjaya dapat sumer A.Makin la pepandai bebudak ni..Jadi,apapun bagi yang tak berjaya,jangan sedih sebab masa depan korang masih jauh g...Rezeki memasing kan...

Gambar kat atas ni merupakan gambar salah seorang staf menjalankan ujian Full Blood Count (kaedah automasi)...Lagipun semasa gambar ni di ambil,jam sudah menunjukkan hampir jam 5 jadi tidak banyak sampel yang diterima...Untuk makluman korang,kami sedang menjalankan kajian kes dengan tunjuk ajar pakar perubatan dengan dibimbing oleh staf yang berpengalaman...Jadi,kemungkinan blog ni tidak update dalam tempoh masa yang lama agak dikesali..

Ada jugak,info yg sy terima nak tahu apa tugas Medical Lab Technology atau dalam bahasa Malaysia,Juruteknologi Makmal Perubatan.Teringat la dulu,masa nak mohon,sy ingtkan MLT ni tugasnya selenggara mesin (bersesuaian dengan minat sebab suka sangat selenggara mesin,tapi x pernah jadi pun..makin rosak ader)...he.he.Kekurangan info daripada internet menyebabkan pengetahuan sy pada mulanya agk terbatas...

Jadi,masa kami blajar,senior kami banyak memberikan bantuan serta pengetahuan mereka kpd kami tentang tugas 2 lab ni..Sebenarnya info ni sy da bagi tau pada post2 yang dah lepas...Jadi setelah belaja selama beberapa bulan,barulah kami mendapat pndedahan yg sebenar tentang tugas 2 makmal ni..

Seseorang juruteknologi seharusnya tahu tentang subjek 2 ni:
a)Patologi Kimia
b)Hematologi
c)Tabung Darah(Bloodbank)
d)Sitologi
e)Histopatologi
f)Parasitologi
g)Mikrobiologi.....

Seseorang juruteknologi juga seharusnya tahu kaedah ujian,prinsip ujian,diagnosis mengikut panduan yang disediakan dan mesti menyudahkan ujian dalam masa yang ditetapkan.Tujuannya untuk memastikan segala keputusan ujian adalah tepat,cepat dan betul untuk memastikan pakar perubatan dapat memberikan rawatan dengan segera..

Jadi...bagi sesape yang berminat?nak tahu g...ikut la perkembangan blog ni...he.he

P/s:Trimas pd semua senior kami....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin