Ahad, Mac 15, 2009

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian... ... ..
Rujukan:
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=42658

P/s:Ha.ha...masukkan istilah-istilah saintifik...

Semalam,dengan kerajinan yang ada,sy berjumpa dengan adik sy yang form 4 lalu menyelak beberapa buku text Biologi...

adik:ap mende plasmolisis...?
sy:Plasmolisis tu berkaitan dengan plant cell yang telah tercelup dgn larutan hipertonik...Jadi sitoplasma tu kecut..
adik:ap mende deplasmolisis
sy:tu kalo cell plant tu dimasukkan dlm larutan hipotonik...
adk:ap mende tu transport active..
sy:tu perlukan tenaga pengaktifan...jadi ianya melawan kecerunan kpekatan..
adk:Kecerunan kepekatan dalam BI tu ap?
sy:?????ap mende eh..

Hmm,mcm tu la situasi yg sy hadapi..Jadi sy terdiam 1001 bahasa.Adk sy juga citer,ada kwn dia dapat 3a 6b dalam SPM disebabkan x faham nak jawab dalam BI..Sumer yang B adalah subjek sains....

P/s:Kesimpulannya,kena sediakan buku sains yang ada istilah dan cara nak jawab dalam BI...
How to answer in English?...A-Z..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin