Basikal dan kegunaannya...
Naper la sibuk bincang tentang basikal ni.Sebenarnya sy nak kaitkan basikal dengan pendapat yang akan sy keutarakan sekejap lagi.Apa kegunaan basikal?Tentulah memudahkan kita pergi ke sesuatu tempat.Tetapi tidak terfikirkah anda,adakah menggunakan fungsi basikal tu sepenuhnya.Basikal bukan sahaja digunakan untuk memudahkan kita pg ke sesuatu tempat tapi boleh digunakan sebagai alat untuk bersenam,boleh menjana elektrik jika diletakkan dinamo,boleh digunakan untuk menghancurkan jagung untuk membuat bertih jagung dan sebagainya........
Kadang-kadang,kita ada sesuatu barang tapi kita tidak memanfaatkan penggunaannya sepenuhnya.Satu contoh lagi,komputer.Ada sesetengahnya hanya tahu komputer untuk bermain games,ada sesetengahnya tahu,komputer hanyalah untuk menaip sahaja.Sedihnya.Sebenarnya banyak kegunaan komputer jika kita tahu dan cuba untuk mengetahui kegunaannya.Bg sy ia adalah satu pembaziran jika kita x menggunakan sesuatu alat/gadjet dengan sepenuhnya.
Yang paling popular dikalangan remaja adalah handset.Kalo tengok kat tv,magazine handset teruja sy sekejap.Kalo dulu handset hanya utk sms,buat panggilan,jawab panggilan dan games tapi masa kini tengoklah ada 3G,MMS,Bluetooth(samb rangkaian jarak dekat),Infrared,Internet,Penggera,Kamera,Walkman,Radio dan apa-apa lagilah.Kalo nak sebutkan satu persatu habis satu weblogs ni.Tapi adakah kita menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada dalam handset tersebut...
Cuba hayati dialog kat bwh ni.
a:Lepas spm,ko keje apa skrg
b:Aku keje kat kilang x sebelah jalan k tu.
a:Baper gaji sebulan.Ko kena buat apa.
b:Adala sikit lebih kurang RM 800.Aku kena asingkan gred kayu.Senang tapi kena telilitilah
Bunyi sms dari telefon b.Terkejut si A kerana handset yang dikeluarkan adalah model terbaru siap kamera dengan fungsi Internet.
a:Waa,canggih la ko sekarang.b:x derlah canggih sangat.Ada rezeki aku belilah.
a:Baper ratus ko beli.
b:Aku keje pun hampir 2 bulan.Harga nyer seribu lebih tapi aku tambah sikit duit simpanan.
a:Perghh mahal betul.Tapi ok jugak sebab ko dapat dengan usaha ko.
a:Tapi ko tau tak guna semua fungsi yang ada.Maksud aku ada ke ko guna utk surf internet ker,hantar mms ker,check e-mail ker,......
b:Aku tak guna.Lagipun aku guna utk sms dengan tepon jer.Inipun fesyen skrg guna handset ni......
Sy kagum dgn si B sebab dia cuba untuk dapatkan gadjet yang diidamkan melalui usaha dia sendiri.Syabas!.Tapi sy rasa satu pembaziran sebab hanya gunakan fungsi yang sedikit sahaja.Kesian.Alangkah bagus kalau si B tahu gunakan gadjet tu sepenuhnya.Dia jadi mangsa fesyen.Mangsa teknologi.
So,my opinion is,use the things fully.He.he.Apa la sy ckp ni.Gunakan fungsi sesuatu barang tu dengan sepenuhnya.Jangan ikutkan nafsu hanya semata-mata untuk memiliki gadjet/barang tersebut semata-mata hanya utk fesyen,kawan atau sebagainya.Fikir-fikirkanlah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan