22/11/05
Ari ni ada prog marhaban kat flet saya.Err,sibuk la jugak utk membuat persiapan,tentukan rumah mana yang nak pergi.Kalau ada 20 rumah,maka yang mengikutinya dapat merasa 20 hidangan yang berbeza,ragam yang berbeza dan apa-apalah.Apa sy merepek ni.Apapun tujuan buat prog ni adalah utk mengenali jiran yang baru,kawan baru,bf baru,gf baru.he.he.Tak derla.Sy buat joke jer.
Apa nyer isu semasa ari ni.Err sy tak nak citerla topik yang berat cuma sy nak citer sikit tentang dunia hiburan.Topik paling best dan paling popular.Adik sy minat sangat dengan citer Trio tu.Sy pun tengok sekali.Ermm,best jugak.Walaupun temanya tentang cinta/ragam di kolej tapi yang menarik adalah siri pendek.Last citer tu baru suruh teka apa yang akan terjadi keesokkannya.Menarik dan jarang kalau ada citer di Malaysia buat camtu.Sy lebih suka tengok yang siri pendek pukul 6.50 petang tapi tak suka sngt kalo tengok versi kompak.Mungkin korang(bagi yg gurls)pelik naper sy suka tgk citer camtu.Kan citer tu utk gurls jer.Salah tu.Semua boleh tengok.Boys ker,gurls ker semua boleh.Yang penting tema atau topik yang diceritakan tu.Mana tau boleh dijadikan satu idea untuk menyelesaikan probs ker.Apa-apalah.
Erghh,penatnya hari ni.Baru siap folio kajian tentang herba.Adalah lagi 55%.Siap awal,boleh rehat dan fokus pada apple time.Err,kerja Chem belum siap lagi.Kenala siapkan.Anyway continue with next post.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan