Selasa, Julai 26, 2005

Sambungan Dendam.Bahagian 3

Kamal pening.Dia masih teringat tentang perihal mimpinya.Mungkin sesuatu akan berlaku dan dia dapat rasakan.Lalu Kamal pergi ke rumah Ain.Apabila dia ingin keluar,dia terdengar seseorang mengetuk pintu rumahnya.’Eh,Ain.Kenapa tak beritahu abang Ain nak datang ke rumah,’soal Kamal setelah membuka pintu.Kelihatan wajahnya muram dan Kamal pasti tujuan kedatangannya itu adalah untuk membincangkan hal tersebut.’Tak ada apa-apa.Naper.Nak datang pun tak boleh,’jawab Ain acuh dan tak acuh.
Kamal tidak berasa sedap hati.Dia pasti sesuatu akan berlaku.’Kalau macam tu,Ain keluar dari rumah ni,kita bincang di luar jer.Ok.Deal,’jawab Kamal berkias.Namun reaksi Ain seperti Kamal tiada di situ.
‘Takperlah,Ain keluar dulu.Terima kasih kerana layan macam tu,’hati Kamal mendidih.’Ikutkan hati ingin aje aku menamparnya di sini.Gadis murahan,’cetus hati Kamal marah.
Tindakan Ain merunsingkan hati Kamal.Lantas mencapai handset nya dan terus mendail nombor telefon.Kelihatan Kamal berkerut-kerut dahinya mencari nombor telefon Anuar di handsetnya.Apabila dijumpainya dia tersenyum dan terus mendailnya.’Hello,ini Anuar.Siapa bercakap?’sayup-sayup suara di talian.’Ini Kamal.Aku ada problem sikit.Datang rumah aku sekejap boleh tak?tanya Kamal untuk mendapat kepastian.’Ok aku datang.Lagipun aku tak ada kerja.Nanti kau buatkan airnya,’jawab Anuar bersahaja.
Setibanya Anuar di rumah,Kamal segera menutup pintu.’Nuar,kau boleh tolong aku,problem besar ni.’kata Kamal sambil memandang sekeliling.’Ni apahal ni.Aku tak faham.Naper,ada along minta hutang ker.Bertenang ok,Duduk dulu.Ada ke nak cerita tak ajak orang duduk dulu.’kata Nuar sambil memujuk Kamal.’Besar juga rumah dia ni,’cetus hati Nuar.’Sebenarnya,’lantas Kamal menceritakan masalah dirinya dan ketelanjurannya terhadap Ain.
‘Kau jahat Kamal.Nampak jer baik.Berdosa dan kau boleh memalukan keluarganya tau,’respon Nuar terhadap masalah Kamal.’Aku nak kau dengar dan fikir macam mana nak settle kan problem aku ni,bukan nak dengar kau membebel,’kata Kamal meninggi.’Ok,aku ada idea.Gugurkan kandungannya,’jawab Nuar sambil memandang wajah Kamal yang berserabut.’Apa,nak gugurkan.Tak boleh.Dia tak nak,’kata Kamal dengan fikirannya berserabut.
Teringat kembali peristiwa malam tersebut.’Ain,sungguh ayu,sungguh manis tapi...’kata Kamal memujuk hati Ain.’Tapi abang pun macam tu juga,’kata Ain dengan gaya yang menggoda.’Nakal juga Ain malam ni nyer.Takper jangan risau.Abang takkan lupa akan janji abang.Abang akan bertanggung jawab dan yang penting sekali kasih sayang abang terhadap sayang tak akan luntur,’lantas Kamal menyentuh muka Ain dengan lembut sekali.
‘Kamal,Mal,Kau ni naper.Aku tahu kau sedang fikir masalah ni.Mal,aku balik dulu.Kalau aku dapat idea aku beritahu nantinyer,’kata Nuar sambil menghala ke pintu keluar.’Jangan risau.Aku akan cuba membantu nyer,’kata Nuar sambil melambai ke arah Kamal tanda dia ingin meninggalkan tempat itu.

Apakah tindakan Kamal?Nantikan sambungannya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin