Misteri dan Rahsia Otak
Otak merupakan salah satu bahagian penting dalam tubuh badan manusia.Maka tidak hairanlah organ seperti otak merupakan kurniaan Tuhan yang paling berharga.Ahli perubatan menganggap bahawa seseorang dianggap sudah meninggal dunia sekiranya otaknya sudah tidak berfungsi walaupun jantung dan nadinya masih berdenyut.Mereka akan mengalami kecacatan sekiranya ada bahagian atau fungsi otak yang terjejas.
Otak manusia dewasa mengandungi lebih 10 bilion neuron atau sel saraf.Beratnya lebih kurang 5 kg dan memerlukan 20 peratus oksigen yang masuk ke dalam tubuh.Sekiranya otak tidak menerima bekalan oksigen yang cukup maka sel-sel otak akan terjejas.Semakin banyak oksigen maka semakin banyaklah fungsi yang terdapat pada bahagian otak tersebut.Amalan menebuk kepala dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti sakit kepala,kemurungan,halusinasi,penyakit mental atau sebagainya.
Penggunaan otak secara optimum dan maksimum akan mengaktifkan sel-sel otak menerusi pertambahan sel-sel glia yang akan meningkatkan kepintaran seseorang.Penggunaan otak secara berterusan akan merangsang penghasilan sel-sel yang baru.Sebaliknya bagi individu yang tidak melakukan aktiviti mental,mereka juga berkemungkinan akan menjadi sembab,tidak cergas,pelupa serta hilang keupayaan dengan cepat.
Mengikut kajian,manusia hanya menggunakan 4 peratus sahaja daripada kemampuan yang dimiliki oleh otaknya.Manakala 96 peratus lagi dipersia-siakan dan dibazirkan dengan cara yang tidak wajar.Albert Einstein yang dikatakan manusia terbijak hanya menggunakan 16 peratus daripada potensi otaknya.Jadi bagi sesiapa yang dapat meningkatkan 18 hingga 20 peratus sudah tentu akan menjadi manusia terpintar di dunia.Sesungguhnya otak mengandungi rahsia yang masih tidak terungkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan