Rabu, September 02, 2015

Mencari Gunung Tok Nenek (Siri 3..Laporan)

Alhamdulilah dan akhirnya debaran saya berakhir..
Misi pendakian Gunung Tok Nenek akhirnya selesai

Sebelum memulakan laporan ingin sy mengucapkan terima kasih kepada:

Kumpulan Pendaki Gunung Kg Melayu
Guide 3 orang..Ling..Leman dan Ayin
Rakan rakan pendaki baju oren
Abg abg yang bagi minum 100 Plus
Tukang masak yang sudi membantu
Serta pendaki yang terjumpa keseorangan mendaki..

Pihak yang tidak terlibat juga ingin diucapkan terima kasih kepada:
Pemandu bas yang memandu berhemah
Penjual penjual makanan di rnr
Pemilik chalet yang sudi menerima kami
Orang asli yang menyapa kami

Sedikit maklumak trek gunung Tok Nenek
Lokasi:Perak
Ketinggian:1916 m/6284 kaki
Jarak perjalanan :14 jam/ikut stamina
Trek:A (bawa muatan/beg)
Keistimewaan:Pemandangan 360 darjah serta layan gayat.berangin sejuk..dan bertambah sejuk selepas hujan.

28/8/2015
8:00 mlm:Pembahagian ration
9:00 mlm:Mula bertolak ke Kg Raja,Cameron Highland..Perjalanan bermula jam 9:05 malam
10:30 mlm:Tiba di Machap untuk rehat

29/8/2015
4:00 pg:Tiba di rnr Tapah untuk mengisi minyak..Rehat
6:00 pg:Tiba di Masjid Kg Raja untuk solat subuh
6:30 pg;Kenderaan pacuan 4 roda tiba..kemudian mula menyusun beg
7:30pg:Taklimat bermula tentang pendakian..antaranya di mana mahu repack barang atau tempat berkumpul
8;00 pg:Sarapan pagi di Kg Raja
9:00 pg:Lapor diri di balai polis Lojing.Penyerahan dokumen oleh en Amran kepada balai polis terdekat
10:00pg:Tiba di Pos Renggil.Pemanasan badan dan repack beg..
10:30 pg:Mula bertolak ke Kem Y.

Perjalanan ke Kem Y menjanjikan cabaran yang tersendiri.Landai dan sekata dengan sedikit bukit mencuram.Kebanyakan pokok rumput meliar dengan kebanyakan paku pakis serta beberapa batang sungai yang perlu diseberangi.

1.Balai polis Lojing

2.Pack Barang
1 ptg:Tiba di Kem Y.Kem Y ni merupakan persimpangan antara Gunung Tok Nenek dengan Simpang ke Yong Yap.Boleh refill air kerana terdapat sungai yang bersih
3.Kami ke sini
2 ptg:Bertolak ke kem Hari.Sebenarnya mengikut jadual kami terpaksa mengikut trek ke kem Berlumut tapi disebabkan prestasi kurang dengan memakan banyak masa maka terpaksa bermalam ke kem Hari
5 ptg:Tiba di Kem Lengkuas.Kenapa x banyak pokok lengkuas itu luar dari kawalan kami.Buluh yang banyak agak menyukarkan kami untuk bergerak.
6 ptg:Kumpulan pertama sampai di Kem Hari
7:30 ptg;Anggota sweeper bersama guide Leman tiba di Kem Hari
8-12 malam:Sesi mengurut kaki.

Kem Hari ada banyak agas.Bertambah banyaklah agas selepas hujan.Punca air agak banyak dengan adanya 2 anak sungai kecil.Kem boleh memuatkan lebih 3 khemah.

30/8/2015
9 pagi:Bersarapan dan mula bertolak ke Kem berlumut
Kem Berlumut merupakan kawasan kem yang penuh dengan lumut.Agak cantik dan boleh refill tank air yang semakin kosong.Namun dengan trek yang pacak agak menyukarkan kami
11 pagi:Tiba di Kem Berlumut

4.Kem berlumut
11:10 pg:Bertolak ke puncak
Perjalanan ke puncak agak mencabar.trek pacaaaaak.Pokok semakin rendah.
1 ptg:Tiba di puncak cucu a.k.a Leman
Dari puncak cucu boleh ke puncak Tok Nenek.Namun dengan kehadiran resam menyebabkan kami semua berpatah balik.Ada kumpulan pertama tiba di puncak
2 ptg:Tiba di puncak dengan kehadiran hujan yang agak lebat
Puncak hanya beberapa batu besar.Ada yang memanggilnya dengan dinding batu.Laluan trek agak berpasir dan diminta untuk berhati hati.
3ptg:Turun ke Kem Hari
6 ptg:Tiba di Kem Hari

31/8/2015
9 pagi:Mula bertolak turun ke kem Y
2 ptg:Tiba di Kem Y
4 ptg:Tiba di pos renggil

Bila badan dah penat..Beg semakin berat.Pemikiran semakin tidak terkawal.Apapun kebanyakan kumpulan mendaki YYBTN;Yong Yap-Bubu-Tok Nenek untuk 4 hari 3 malam..namun insya allah jika ada kemampuan..kesihatan sy akan join YYBTN

1/8/2015
Bermalam di M&Z homestay dan bertolak pulang ke Johor

Kesimpulan dari trip:
1.Trek gred A yang memerlukan latihan stamina yang agak tinggi.
2.Laluan berbatu yang licin .Digalakkan mencari kasut yang agak lasak.
3.Sediakan head lamp dengan bateri yang mencukupi
4.Pastikan bawa dapur/gas/ration yang mencukupi untuk mengelakkan kelaparan jika tersesat.
5.Pack beg dengan betul.Bahu melecet akibat memikul beg terlalu lama
6.Bawa poncho untuk elak hipotermia
7.Dengar cakap guide dan jangan pandai pandai.
8.Biar muka buruk janji sampah bawak turun.
9.Buluh..resam merupakan kawan baik..Merangkak..mengesot semua ada.Digalakkan membawa chain saw.
10.Melalui lebih 5 batang sungai.

Kerugian (peribadi)
1.Cuaca tidak mengizinkan..Kabus tebal di puncak
2.Kasut tapak dah tanggal..hahahaha

Alhamdulilah..semua ahli kumpulan selamat pergi dan selamat kembali tanpa kecederaan.Insya allah boleh return kembali Gunung Tok Nenek..

Gambar:
www.kirakiragambar.wordpress.com

1 ulasan:

Unknown berkata...

TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
KHIDMAT GUIDE GUNUNG BERLESEN
KHIDMAT MELIPUTI:

-permit pendakian
-laporan polis
-jurupandu arah berlesen(guide)
-kit perubatan(asas)
-walkie talkie
-khidmat 4x4 transport
-rundingan persediaan pendakian

ANDY
017-9997790
whataps/sms/call

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin