Rabu, April 15, 2015

Persediaan GST dan kesan kepada perbelanjaan bulanan dan harian..

Selamat kembali berblogging..
Seantero whatsapp pelbagai rungutan tentang GST..
Komen komen bodoh berkaitan GST
Dan rungutan segala bagai.

Namun apapun apa yang kita boleh buat..
Jika dilaksanakan tetap dilaksanakan.
30 Mac 15
Berpusu pusu manusia membeli barangan keperluan harian
Ada juga yang memenuhkan nafsu makan makanan segera..
Macam pesta..
Namun ada juga yang bersikap optimis..
"Buat apa nak berpusu pusu,,harga barang tetap akan naik dan lambat laun kena beli juga.."

Kesan GST pada pengguna?
Kesannya kebanyakan harga barangan naik..Terutama barang barang keperluan yang telah diubah suai menjadi sabun mandi..sabun basuh..berus gigi..sardin..apa apa barang yang diubah suai...
Barang mentah ikut serta naik macam bawang...ikan...

Topup prepaid x 6 peratus
Bil bil postpaid x 6 peratus
Food court x 6 peratus
Cuci kereta x 6 peratus
Cool blog x 6 peratus
Kedai gambar x 6 peratus

Jika x 6 peratus secara logiknya akan naik harga barang..

Apa tindakan pengguna?
1.Lakukan perancangan kewangan kembali..review barang apa yang nak dibelanjakan..

Misalnya
-Sabun mandi rm7.99
-Ubat gigi rm 5.99
-Krim rambut rm 4.99
-Nuget ayam rm 13.99
-Kentang goreng rm 6.99
-Nescaffe rm 13.99
-Milo rm 12.99
-Ayam mentah rm 7.50
-Ikan bawal rm 9.00

Barang di atas kebanyakannya dikenakan GST...Yang tidak kena hanya ayam mentah dan ikan bawal..Betapa dahsyatnya GST..

Jumlah perbelanjaan include GST: RM 66.90 x 6/100 :RM 70.91
Ayam mentah + ikan bawal : RM 16.50
Jumlah:RM 87.41 sen..

Jika harga tidak dikenakan GST:RM 83.40
Beza harga perlu bayar : RM 4.01 sen

Jika jumlah perbelanjaan 2x ganda misalnya RM 87.41 X 2 :RM 174.82
Beza harga perlu bayar :RM 8.02 sen
Belum masuk yang ada anak ..pampers..susu...kira sendiri..
Dengan RM 8.02 sen kita boleh beli keperluan dapur basah

3 batang sayur kailan
6 biji limau purut
3 tangkai daun ketumbar
3 batang serai..

Apa perlu buat...?Membangkang pun tiada guna.Yang penting atur balik perbelanjaan.

2.Memasak...

Ok..menteri ada kata masak..
Apa yang leceh tentang memasak ini adalah persediaan..Apapun mulakan dengan perancangan..
Misalnya esok nak masak tomyam..ikan siakap 3 rasa dan sayur kailan..

Pada malamnya:
Perap ikan dengan tepung..simpan dalam peti ais
Potong bawang,sayur karot,bawang putih,sayur kailan,nenas,capsicum
Simpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais
Keseluruhan persediaan memakan masa setengah jam

Esoknya:
Campak segala bahan (ikut resepi)
Keseluruhan proses memasak 45 minit..
Dah jimat 30 minit..

Jika 3 jenis masakan di kedai makan harganya rm 50 siap air..Dengan memasak anda dah jimat hampir 30 peratus dari harga di kedai makan..

Apapun..kembali semula kepada perancangan kewangan..Ya..duit memang sentiasa tidak cukup tetapi untuk jangka masa lama kita kena urus sendiri kewangan..Harga barang..GST..Inflasi akan sentiasa meningkat..

P/s:Saya dah buat..anda bila lagi..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin