Amaran:Sekiranya post ini mencungkil perasaan sedih bagi pasangan yang bertahun tahun tidak memiliki zuriat,jangan sedih..Post ini bukan untuk menunjuk..Segala rezeki hanyalah dariNya..Insya allah lambat atau tidak memiliki zuriat itu hanyalah rezeki dari Nya...yang penting pasangan bahagia sehingga ke akhir hayat.
Post ini sesuai dibaca oleh:
Pasangan baru nak bernikah..
Dah bernikah tapi sedang menunggu kehadiran cahaya mata
Open minded..
Atau sekadar nak tahu jee..
Peringatan:Pengalaman ini hanyalah nukilan peribadi penulis..Mungkin berlainan dengan pembaca di luar sana..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pelbagai pertanyaan dari sedara sedara sebelah mertua..
Termasuk sedara sedara sendiri..
Tidak kurang juga dari kawan kawan
Facebook pun agak annoying..UPT pun nak tunjuk gambar..
Tak cukup dengan tu..setiap hari dipaparkan gambar anak hari ini dengan cara cukup tidak profesional..
Macam dia seorang yang ada anak..
Itu lah perasaan saya..
Teringat nukilan seorang rakan pergunungan..
"Aku ni dah 15 tahun kahwin..x der zuriat pun.."nak menitis air mata dengar ceritanya..
Apapun aktiviti pergunungan yang beliau ceburi sedikit sebanyak melupakan sementara zuriat itu..
Cabaran mental:
1.Pertanyaan dari sedara sedara rapat..bila nak ada anak...dah ada anak bila nak tambah baby?
2.Status fb yang annoying..yeay ak dah mengandung
3.Tunjuk gambar anak macam dia sorang yang ada anak.
4.Nikah pada tarikh yang sama tetiba dia pegnant dlu..
Cabaran fizikal
1.Mengelakkan pertanyaan dengan mengalih topik lain.
Tetiba dapat citer.."dah positif"
Alhamdulilah dan secara otomatik pertanyaan tadi bertukar kepada:
1.Dapat boy ke gurl?
2.Bersalin kerajaan atau swasta
3.Pantang kat mana
4.Bila due..?
Dah 9 bulan..cabaran emosi dan fizikal
Semasa bersalin suami sebenarnya tertekan:
1.Isteri sakit..apa suami perlu buat?sokongan moral..drama cinta dalam tv?
2.Bila nak due nih..dah 15 jam tunggu..
3.Bila la baby nak tengok dunia?
Apa perlu buat jika berdepan dengan keadaan begini..(untuk si suami)
1.Jangan panik.
2.Bersabar..berdoa...solat hajat
3.Ada smartphone..google la proses bersalin..epidural tu apa..oxitocin tu apa..kenapa rasa sakit nak bersalin..kenapa kena induce..misi..doktor ada kerja diaorang..jangan serabutkan kepala diaorang yang dah sedia serabut.
Dah bersalin..dapat baby..
1.Azan..Iqamat
2.Tahnik
3.Buat lah perkara perkara sunnah macam aqiqah ker..
Persediaan memiliki zuriat pertama menuntut kos yang tinggi kerana tiada barang baby..Zuriat kedua dan seterusnya boleh recycle
Dah dapat baby..jagailah dengan baik...Dalam masa yang sama berdoa bagi kawan kawan lain yang belum memiliki zuriat..Usahlah upload gambar baby keterlaluan kerana kita tidak tahu perasaan mereka..Hanya mereka yang tahu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan