Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terlalu ramai kawan saya yang bertanya skim emas..ajak masuk dsbnya..
Perlukan modal besar dan saya tiada modal yang sebegitu besar..
Labur dan bulan bulan dapat income..
Jadi pada pendapat saya ada keraguan di situ.
Akhirnya saya buat 1 keputusan yang selamat untuk diri sendiri dan keluarga
Pelaburan Emas simpanan dan Kijang Emas.
Saya belum mulakan lagi sekadar memnerhati dan mengumpul modal.
Jadi berdasarkan tinjauan saya dengan budget dan modal yang rendah.
Kijang Emas menjadi pilihan
Tetapi bagi yang tidak mahu ambil risiko kehilangan
Boleh buka akaun simpanan emas.
Saya akan terangkan dengan cara yang mudah.
Ciri-ciri akaun emas ini adalah:
a)Terdiri daripada harga jual bank dan harga belian bank
b)Boleh tukar kepada cash mengikut harga jualan bank semasa
c)Boleh tukar kepada emas pukal minimum 10g,50g,100g mengikut bank dan mengikut harga jual bank
d)Dan tidak dilindungi PIDM (kebanyakan bank tidak dilindungi)
e)Deposit minimum 5g,10g,50g (ikut bank)
f)Ada cas servis..setem dsbnya ikut bank.
Prinsip akaun emas:
Sekiranya kita ingin keuntungan maka wang @ emas yang dikeluarkan adalah mengikut harga semasa jualan bank.
Pengiraan keuntungan akaun emas
Untuk hari ini 19/12/14 (maybank)
Harga jualan:rm 136.98/g
Harga belian:rm 131.18/g
Keuntungan bank:rm 5.80/g
Kena banding berapa bank untung..
Kalau nak mudah boleh lawati imoney.com.my bahagian simpanan emas.
Sebagai contoh buka simpanan emas pada 20/11/2014
G bank maybank dengan deposit 10g emas
Harga jualan :rm 122.59/g
Harga belian:rm 128.39/g
Keuntungan bank:rm 5.80/g
Jadinya rm 122.59 x 10g = rm 1225.90 sen
Jual balik pada 19/12/14
rm 131.18 x10 = rm 1311.18 sen
Tolak dengan harga masa kita beli :rm1311.18 - rm 1225.90 = rm 85.28 sen
Kita untung rm 85.28 mengalahkan keuntungan akaun simpanan biasa..
Tips:Beli ketika harga rendah..jual ketika harga tinggi
Apa cerita dengan Kijang Emas?
Kijang Emas ini yang penting diperbuat daripada emas
Jual mengikut ounze
Misalnya di Maybank:
1 troy ounze:31.105g
1/2 troy ounze:15.550g
1 troy ounze:31.105g
1/2 troy ounze:15.550g
1?4 troy ounze:7.780g
Nak tahu harga berapa cuma darab jer dengan harga bank jual.
Kijang Emas boleh disimpan sebagai backup cash atau sebagai pelaburan jangka panjang.
Kijang Emas boleh disimpan sebagai backup cash atau sebagai pelaburan jangka panjang.
P/s:Perlu diingatkan pelaburan emas tidak boleh menjanjikan keuntungan secepat yang mungkin..Bergantung pada harga emas semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan