Isnin, September 08, 2014

Susahnya menjadi seorang wanita?

Banyak sudah komen/info dalam fb menyatakan sukarnya menjadi seorang lelaki..
Ya..sesekali kita memandang sebaliknya apa salahnya kan..
Tajuk kali ini:Susahnya menjadi seorang wanita..

Entri ini adalah pendapat peribadi..sebarang perbezaan ianya hanyalah pendapat

Wanita/perempuan
Katanya dari rusuk kiri tulang nabi adam..
Tentang ini saya tak berapa pandai...
Berdasarkan pengamatan/pengalaman diri sendiri
Susah jadi seorang wanita kerana:
Kena tutup semua sebab aurat kecuali muka dan tapak tangan
Jadi kena pakai tudung..lengan panjang..labuh..tidak ketat
Kena pilih baju yang harganya lebih tinggi dari lelaki
Kena bersolek sebelum keluar

Kalau dah kahwin
kena ikut cakap suami
kena balik kampung suami
kena sabar dalam pembahagian harta
soal arahan..hanya suami..

Kalau dah mengandung
kena pikul beban bayi 3-5kg atau lebih
kena minum air gula
kena amik darah beberapa kali
kena tahan sakit bersalin
kena dan kena lagi

Kesimpulannya...
Ya....menjadi seorang wanita/perempuan adalah susah
susah di dunia tetapi jika sabar..ganjarannya lebih tinggi dari lelaki
Misalnya jika seorang wanita yang sudah berkahwin
Patuh cakap suami dan solat memang tak tinggal..syurga lah jawapannya..

Tapi jika jadi suami
Kena jawab banyak perkara..
soal muda
soal masa
tangungannya..

Bersyukurlah menjadi seorang wanita..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin