Salam ceria hendaknya..
Apapun post kali ini luar daripada topik..
Topik yang nak dibincangkan adalah,
"Naper letak watermark dalam gambar yang ko amek.."
"Naper letak watermark dalam gambar yang ko amek.."
Jawapannya adalah:
1)Pertama sekali terima kasih kepada yang bertanya..Jawapannya ianya adalah milik saya...Jadi saya bebas untuk meletakkan watermark pada setiap gambar yang saya ambil melalui kamera..
2)Kedua,kamera yang saya gunakan adalah digital single lens reflex atau dipanggil DSLR..Terkenal dengan beratnya tidak termasuk flash adalah lebih 1 kg..Ya...lebih 1 kg..Kalau mendaki gunung,tidak tinggi pun sebab masih amatur..Sekitar 7-8 km trek atau pergi dan balik hampir 18 km,bayangkan membawa dslr yang berat tu 1 kg..Tidak termasuk pekakas peribadi,makanan group atau sebagainya.Jadi kasihanlah kpd sy sebelum mengaku gambar yang diambil kepunyaannya..
3)Naper guna DSLR..dah la berat..
Bagus soalan tu..Jawapannya,sy tidak ada wang untuk dilaburkan kepada kamera compact atau underwater camera atau Go Pro atau sebagainya..Jadi gunakan yang ada..
-Kedua,sy boleh belajar/perbaiki mana-mana skil yang dah tumpul..Rasa puas bila beban yang kita bawa mendatangkan hasil yang amat memuaskan hati bila turun dari gunung..
4)Tidak mahu sesiapa memanipulasi gambar yang sy ambil...Yelah,sekarang ramai pakar photoshop.Kot 2 boleh ubah itu dan ini..Kalo improve lagi baik tidak mengapa,tapi kalo kepada yang negatif?..fikir sendiri..
Topik 2 :Naper sangat kedekut nak beri/copy dalam pen drive?Berkira ker apa?
1)Rujuk soalan 1 jawapan nombor 1...
2)Rujuk soalan 1 jawapan 2..
3)Terlalu mudah untuk copy gambar,paste sedangkan untuk ambil gambar tersebut,modal yang besar,pikul beban yang berat dsb..Bukan sebab berkira..
Kalau nak gambar jugak?
1)Boleh...belilah sedikit untuk buat album ker,frame ker,atau caj per copy ker...Terubat penat lelah..hehe
Apapun,ini sekadar pandangan peribadi..Mungkin setiap yang lain akan mempunyai pendapat yang berlainan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan