Ahad, Mac 30, 2014

Laporan Xplorasi Gunung Berlumut (Siri Menjejak Kinabalu 3)

Berikut adalah laporan pendakian Gunung Berlumut..
Sedikit info:
Ketinggian cuma 1020 meter atau 2 tertinggi di Johor
Terletak di timur Kluang
Hanya 84km dari Johor Bahru
Ada 6 checkpoint untuk ke puncak

Keistimewaan Gunung Berlumut:
Ada batu gigi
1 air terjun di CP 1 (hanya 3 minit track)
Trek yang landai tetapi kecuraman meningkat dari CP 2 hingga bukit botak

Perancangan Gunung Berlumut atas gesaan bro Nizam kerana inginkan lebih latihan.
Setelah beberapa kali ditunda atas program Gunung Stong baru-baru ini maka barulah tiba masa yang sesuai..
Diketuai oleh 2 guider muda-muda berlaka beserta guide nmbr 3
Seramai 14 orang terlibat dalam program pendakian ini..
Pendakian kami bermula malam,maka ada gambar-gambar tidak sy publish atas menghormati permintaan seorang guider...

Berikut adalah tentatif pendakian:
28/2/14
10 pg:Team Joe/Ah jong mula bertolak ke base camp
1 ptg:Solat jumaat di Kluang
5 ptg:Bro nizam bersama groupnya tiba di basecamp
9:45 mlm:Sy baru tiba di basecamp
10:00 mlm:Makan lambchop/spageti bolognese

29/2/14
12:30 pg:Tidur/berehat
2 pg:Repack barang/mula pendakian
3 pg:Taklimat keselamatan/Streching/mula bertolak ke CP 1
4 pg:Trek yang landai dan adakalanya dipanggil trek jemu..Tiba di CP 1..
4.15 pg:Bertolak ke CP 2..ambil masa 100 minit kerana trek landai kemudian kecuraman hampir 90 darjah..
6 pg:Tiba di CP 2..Trek bertambah curam ke CP 3
6:45 pg:Tiba di CP 3..Ada signboard 3.0 km ke puncak
8:00 pg:Tiba di water point..Rehat sambil makan dan memanaskan air..
9:25 pg:Bertolak ke Bukit Botak
9:35 pg:Tiba di Bukit Botak,gambar group
9:45 pg:Bertolak ke puncak berlumut
10:30 pg:Tiba di Puncak Berlumut/Gambar reramai
11:05 pg:Bertolak ke basecamp...
12:45 tgh hari:Tiba di batu gigi
2 ptg:Selamat sampai ke basecamp
4 ptg:Makan sambal petai chef wak jong
6 ptg:Gambar group
8 malam:Selamat tiba di rumah memasing

Apa yang menarik:
Kehadiran lala membawa spageti,setiap check point offer,"Siapa nak spageti,siapa nak spageti..''
Tembikai 2 biji dijampi oleh Joe..
Tiada yang cedera
CP2-Bukit botak:Mencuram 90 darjah
Bukit botak-Puncak:Landai,mencuram 80 darjah

Gambar akan sy upload kemudian...
Trimas kepada semua terutama guider 2 orang..
Chef-chef masak
Penyertaan 1 orang dari group Lipis...

Nantikan trip seterusnya:
Gunung Tok Nenak (April)
Gunung Kinabalu (Mei)
Rehat (Jun-Julai)
Ogos - Disember-Belum ditetapkan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin