Isnin, Mac 11, 2013

Laporan CBL (Chemerong-Berembun-Lansir) Terengganu.Bahagian 1

Laporan XPDC Chemerong-Berembun-Lansir 2013 Terengganu..
Setelah banyak cabaran dan masalah yang ditempuh dan setelah beberapa kali hampir ditangguhkan,maka XPDC ini diteruskan.Bermula pada 27 Feb dan berakhir 4 Mac 2013.Terima kasih kepada semua peserta yang bekerjasama,tukang masak yang memastikan kami kenyang dan tunjuk pandu arah yang begitu kuat walaupun hampir berputus asa..

Pada asasnya,trek digredkan sederhana mencabar,tetapi dengan membawa beban,beg dan khemah,ianya menjanjikan cabaran yang tersendiri.Bermula dengan pendakian air terjun Chemerong dengan trek pendakian 85 darjah,trek pendakian gunung Chemerong 65 darjah hingga 90 darjah,penurunan dari Berembun ke air terjun Lansir 85 darjah-90 darjah serta penurunan dari pokok Seraya Besar ke Kem Balak 85 darjah dan penurunan ke kawasan letak kereta dari Gunung Berembun 85 darjah,menjanjikan cabaran tersendiri.

Berikut adalah laporan XPDC CBL
27/2/13
-10 malam:Mula bertolak dengan 4 buah kereta serta 1 buah Hilux dari makmal.

28/2/13
-12.30 tgh mlm-Lepak di Mersing,makan malam dan minum-minum
4.30 pg-Tiba di persimpangan jalan Kuantan-Kemaman
6.30 pg-Tiba di dataran letak kereta Chemerong
7.00pg-Pendaftaran jabatan hutan
10 pg-Bersarapan serta sedikit taklimat tidak rasmi
12 tgh hari-Tiba di air terjun
2 ptg-Makan tengahari
5 ptg-Berehat,bakar ayam di dataran letak kereta
9 mlm-Taklimat pendakian Chemerong-Berembun serta tidur awal untuk pendakian esok.

1/3/13
4 pg-Berkemas,pack barang,pembahagian kumpulan.
5 pg-Bertolak ke gunung Berembun.
9 pg-Tiba di Kem Balak.Mandi-manda
11 pg-Tiba di Kem Y
2 ptg-Tiba di puncak Berembun.Hujan tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk mendaki
7 ptg-Tiba di tapak perkhemahan 250m dari air terjun Lansir
9 mlm-Tidur,rehat dan ada sesetengahnya mandi manda

2/3/13
10 pg-Kemas dan bergerak ke air terjun Lansir
12 tgh hari-Mandi manda sambil mengadakan sesi fotografi (air terjun Lansir)
2 ptg-Tiba di puncak Berembun(jalan ditutup)
6.05 ptg-Tiba di Kem Balak.
9 mlm-Menu makan malam yang special(dah lapa)

3/3/13
11 pg-Kemas dan bertolak turun
2 ptg-Kumpulan pertama sampai di kaki gunung
6 ptg-Makan-makan di Ana Medan Ikan Bakar Kuantan
8 mlm-Bertolak pulang dan sayonara

4/3/13
1 pg-Tiba di rumah dengan selamat

Hanya gambar menceritakan segalanya
Trek pendakian

Kumpulan XPDC CBL

Dataran letak kereta


Merentas titian balak 5 pagi

Air terjun Chemerong

Makan tengahari

Menyeberang sungai ke Kem Balak

Gambar selainnya-
www.kirakiragambar.wordpress.com

P/s:Walaupun mencabar,tetapi tidak jemu untuk pergi kali kedua.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin