Run Time DSLR Projek 4
Semalam...
Pergi ke kedai buku Popular di CS..
G bahagian komputer dan fotografi..
alangkah terujanya sy terdapat banyak buku panduan fotografi..
lantas dengan pantas beli buku ni..
Sangat berbaloi kerana..
buku ni menerangkan tentang penggunaan fungsi banyak kamera..
misalnya auto flash,aperture,iso,lense,zoom digital..
dan memacam lagi..
nak kongsi sikit tentang flash (flash built in)
dalam kamera ada 3 fungsi.auto flash..manual flash dan slow synchronising flash...
kebanyakan kamera digital ada 3 mod seperti di atas..
prinsip flash pada kamera..
mentol flash pada kamera perlu dicaj dengan voltan yang tinggi yang didapati daripada bateri..
bila dah cas baru terbentuk percikan cahaya (flash)
Lampu penunjuk akan standby bila flash sudah bersedia..
Ianya akan mengambil masa untuk menghidupkan lampu flash kerana ianya perlu dicas semula..
Sekiranya dalam mod flash...
flash akan dicas setiap masa apabila menekan butang 'shutter' untuk set 'exposure' dan fokus pada lensa..
Walaubagaimanapun,kadang 2 kita menekan shutter sepenuhnya,kamera tidak dapat mengambil gambar,
Disebabkan flash tidak dicas sepenuhnya..
Sesetengah model kamera boleh menangkap gambar walaupun flash tidak dicas sepenuhnya..
namun hasil gambar yang diambil tidak memuaskan..
Ataupun kamera mengeluarkan flash,tetapi flash tersebut tidak cukup cahaya menyebabkan,
gambar yang diambil 'underexposed.'
Sekian sahaja untuk kali ini..
Agak sukar jugak nak memahami fungsi kamera..
Sebelum menggunakan kamera,kita kena tahu bagaimana kamera tersebut ..
bekerja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan