Salam ceria dan salam muhibbah...
penatnyer kerja ari ni dgn beberapa sampel yang 'pending'
ada 1 result patient...
yang agak pelik sehingga menyebabkan sy repeat 2x
namun tetap negatif...
ALT menunjukkan negatif dan LDH menunjukkan lebih daripada 20000 IU
jadi sy biarkan dahulu maybe kena repeat lg sekali...
trimas kepada cik saiful mengajarkan sy tentang sesuatu yang baru...
'kalau macam gini kita kena dilute dia,'
tanya sy.'terlalu cair ker..'
jawapnyer..'terlalu pekat sebab tu dapat negatif pada nilai ALT...'
jadi kita kena cairkan 1/2 atau 1:50 atau 2 titis saline dengan 2 titis serum..
nilai yang kita dapat kena darabkan dengan 2 sb tu faktor pencairannya...
oo...baru sy faham..jadi x perlu sy repeat berkali-kali..
jadi ?apa kaitan TropT ngan Myoglobin...mana lagi penting..
untuk menjawab soalan ini ianya memerlukan penjelasan yang lebih lanjut..
Namun mengikut ap yang sy faham...
Trop T ni adalah penunjuk kepada pesakit yang mengalami sakit dada samaada disebabkan sakit jantung atau faktor lain...
Kadang 2 dipesan sekali bersama ujian isoenzim lain seperti CK-MB atau myoglobin..Macam mana pun Trop T adalah penunjuk utama penanda untuk sakit jantung..(lebih spesifik)
Ujian TropT ni dipesan apabila pesakit disyaki mengalami sakit jantung kali pertama datang ke Emergency Room dan diulang 6-12 jam selepasnya..kadang 2 dipesan bersama ujian CK,CK-MB atau myoglobin..
Keputusan TropT yang tinggi menunjukkan kerosakan jantung yang tinggi..Maka doktor boleh menentukan tahap keseriusan pesakit berdasarkan keputusan TropT..Boleh tinggi 1-2 minggu selepas serangan jantung..Ujian TropT spesifik untuk penyakit jantung sahaja kerana ianya tidak boleh dipengaruhi oleh kerosakan otot yang lain...pengambilan dadah atau ubat dan kecederaan otot lain..
Ujian pengesahan penyakit jantung adalah ECG dan klinikal pesakit.Kadang-kadang pesakit yang mempunyai paras TropT yang tinggi tidak mengalami penyakit jantung dan sebaliknya...TropT boleh meningkat dalam myocarditis,pesakit buah pinggang dan inflamasi pada kulit...
Ini adalah sekadar pengetahuan sahaja...Secara umumnya untuk memberitahu cara mudah tentang pendiagnosan sesuatu penyakit...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan