Project RunTime DSLR (part 2)
Hmm..tadi masa makan-makan..
agak jeles jugak kan ada jiran 'sebelah'
tangkap gambar guna DSLR..
nikon D90..
agak jeles jugak kan..
apapun kalini nak kongsi tentang ISO dalam mode camera..
ISO terdapat samaada dalam compact camera dan DSLR camera..
apa maksud ISO..
bermaksud sensitiviti pengesanan gambar semakin tinggi mod ISO semakn sensitif gambar tersebut..
Kebiasaannya di set pada mode AUTO...200..400..800.. dan 1600(ikut pada kamera memasing)
sensitiviti yang tinggi menyebabkan gambar menjadi agak cerah berbanding kadar sensitiviti yang rendah..Sesuai diambil pada latarbelakang yang agak gelap..Namun semakin tinggi kadar ISO semakin tinggi juga 'noise' yang terhasil...
Cara Setup paling mudah..
-minimakan noise pada latar belakang yang cerah..
-gunakan lampu flash tambahan sekiranya ingin menangkap gambar berlatarbelakangkan gelap..
Apakah 'noise?'
Noise is apparent by the presence of color speckles where there should be none....(haha..x reti nak explain)
Punca 'noise?'
-berlaku pemanasan elektron daripada pengesan gambar menyebabkan berlaku 'pencemaran ' kepada photoelectron..
-gunakan ISO tinggi
-dalam keadaan cahaya yang rendah,pengesan gambar akan bekerja keras sehingga mengumpulkan isyarat lemah menyebabkan latar belakang menjadi noise..
Cara elakkan 'noise?'
-elakkan menggunakan 'slow exposure'
-elakkan menggunakan ISO tinggi
-apabila membandingkan beberapa kamera digital,pilih kamera yang mempunyai pengesanan gambar tertinggi..Misalnya sekiranya kamera A menggunakan 3MP gunakan pengesanan gambar 1/2.7 tetapi kamera B dengan 3 MP tetapi mempunyai pengesanan gambar 1/1.8..maka pilihlah kamera B kerana menghasilkan noise yang rendah berbanding kamera A..
-beli perisian anti noise..
P/s:sy x lah pandai dalam bidang kamera...tetapi sy sekurang-kurangnya ada usaha untuk meminati bidang ini..x der lah fikiran ni sekadar pengetahuan 'lab' sahaja..
Bersambung dalam Project RunTime DSLR part 3..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan