Selasa, Disember 15, 2009

Salam ceria dan salam sejahtera...
Hari ni sempat juga update blog...
Baru sebentar tadi pergi ke stesen pam minyak..
Yang memaparkan Jawatan Kosong...
Walaupun baru semalam paparan itu dipaparkan..
Namun sehingga hari ini sudah ada 9 pemohon termasuk saya
Macam pisang panas di waktu petang selepas hujan..

Semalam pergi ke Batu Pahat dengan tujuan utk mencari buku rujukan adik-adik..
Ada juga jawatan kosong namun untuk perempuan sahaja..
Sempat juga pergi ke Square One..
Namun tidak ada apa 2 part time job...
Semalam juga menelefon seorang rakan..
Namun agak mengecewakan sebab perlukan sijil dalam bidang elektrik..
Namun sy tiada..
Jadi mungkin boleh dimasukkan dalam perancangan masa depan..
Selain menjadi MLT...
Boleh juga part time dalam bidang elektrik dengan syarat..
Belajar balik bidang elektrik...hmm

Ingatkan sy pernah ceritakan dahulu...
'Kita kena tahu semua perkara termasuk bertukang,
Bukan ilmu lab jer..Jadi jangan kolotkan fikiran,'
Tu kata-kata seorang senior lab kami masa praktikal

Apapun inilah dugaan hidup..
Sy bersyukur dgn apa yang ada..
Ada benarnya juga kata-kata parent..
Kerja ibarat mcm pisang goreng panas..
Apapun sy cuba untuk esok dan sebentar lagi..
Pergi ke fastfood yang berdekatan bertanyakan apa yang ada..

Apa yang dapat sy simpulkan tentang kriteria untuk mudah mendapatkan kerja.

-Sijil pada bidang berkaitan
-Kemahiran berbahasa Inggeris dan Cina
-Pengalaman bekerja
-Sanggup bekerja syif atau tidak.

Jadi?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin