Selasa, Mei 26, 2009


Salam ceria,salam muhibbah..
Tepat seperti yang dijanjikan dalam jadual latihan,15 Mei adalah hari terakhir sesi praktikal kami.Bermula jam 9 pagi kami dihidangkan dengan soalan peperiksaan sebanyak 108 soalan disediakan khas oleh senior lab Histo,En Kamil.Ada bagusnya jugak kan,sebagai sesi latihan kami sebelum exam.

Tamat exam,kami pergi ke rumah mayat @ Merchuary Jabatan Forensik.Di sana kami diperkenalkan dengan aturcara daripada prosiding polis sehingga sampel yang berkenaan di hantar ke makmal Histo.2 jam kami diterangkan oleh pegawai yang bertugas dan selepas itu kami meminta autograf terakhir dari LP kami.Pelbagai soalan dan pesanan terakhir sebelum kami melangkahkan kaki menjawab exam.


Sesi petang,kami mengunjungi semua lab.Tiada cenderahati kami berikan,tiada makanan atau seumpamanya yang dapat kami berikan.Tetapi kami berjumpa seorang demi seorang staf yang mengajar kami.Ada yang beri galakan,ucapan tahniah menghabiskan praktikal,mendoakan kami dan ada juga yang menginginkan kami berkhidmat selepas tamat pengajian.Ucapan trimas kepada semua staf yang berkenaan(Trimas kosong jer ker...hehe)


Sementara di lab Histo,berbekalkan duit dapur yang ada,kami hidangkan juga juadah pisang goreng dan aiskrim..Maka kami jemput m/o serta staf menjamah hidangan kami.Agak gembira juga mereka,tiada lagi perbincangan m/o tentang patient,tiada lagi pertengkaran tentang tugas,dan tiada lagi keluh kesah.Yang ada hanyalah gurauan dan ucapan trimas daripada mereka.Itu yang kami mahukan agar mereka semuanya gembira...
Melangkahkan sy ke kolej mendatangkan keterujaan kepada sy.Tentang kenangan,tentang hostel,tentang bilik air 360 darjah dan tentang pemandangan KL tu sendiri.Terujanya melihat pembangunan di KL.Projek pembesaran Puduraya,jejambat jalan raya yang sedang dibina menyebabkan sy terfikir,sekiranya sy melanjutkan pelajaran ke peringkat Post Basik,mungkin tak jumpa jalan pergi ke kolej...he.he


Tentang exam,kami bermula jam 8.30 pagi dengan paper Blood Bnk,9.45 pagi,paper Sitologi manakala paper Histo dan Hema bermula jam 2 petang.Sesi tengahari adalah sesi taklimat daripada penyelaras kami...Kami akan naik sem 6 pada 1 julai...Dan blog ini akan menceritakan kisah suka duka menjalani pembelajaran di kolej.
Pada waktu petang selesai tamat exam,sy berjumpa dengan senior sem 6,makan bersamanya dan menceritakan pengalaman semester 6.Trimas kepadanya kerana sepanjang sem bersamanya beliau banyak membantu sy.Sebelah malamnya berjumpa dengan junior kami yang bakal menjalani latihan di lapangan.Rasa sedih jugak kerana berpisah dengan mereka.Tiada apa yang lebih bermakna melainkan kenangan bersama dengan mereka yang terlibat.


Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru...
Rasanya tak salah kalau sy bagitau,setiap yang mengajarkan satu ilmu,dialah guru...Tanpanya mungkin kita tak kenal ABC...
Bermula dari kelas fardu ainKemudian Tadika,Kemudian bermula sesi peringkat rendah,darjah 1 sampai darjah 6Sesi menengahTingkatan 1 sampai Form 6Sesi kolej/pra uPoliteknik sehingga kolej..Merekalah yang membentuk sy menjadi insan berguna..Apapun,trimas kepada semua guru..Teringat jugak kan sesi membuat Filem Darah Nipis(Hema)
Seorng staf memerhatikan sy terkial-kial memegang slide bersama spreader.Lalu sy memberikan slaid untuk diberikan kepada staf sebagai komen:


x:Mcm ner buat slide ni...Herot berot..
sy:Habis mcm ner..
x:Mcm begini,meh akak tunjukkan..
Lalu menunjukkan cara-cara membuat FDN dengan betul..
x:Faham x?
sy:Faham,lalu sy membuat FDN seperti yang diajarkan dan menunjukkannya..
x:SALAH.Mcm ner awk buat...Bagitau En. Eng nanti...he.he
sy:Sy budak baru belajar..hehe..
Dan semenjak kejadian itulah sy menjadi mahir dalam sesi pembuatan FDN...Daripada tak tahu sehingga menjadi tahu..
Buat junior kami,semasa praktikal:
a)Jangan takut.Pastikan jumpa dengan LP berkenaan.
b)Jangan sombong...Orang tak suka
c)Kalau tak tahu,tanya..Pastikan staf yang berkenaan memantau apa yang korang buat..
d)Dan yang paling penting...kerjasama..hehe


P/s:Rindu pada yang berkenaan..he.he.Tidak dilupakan juga kepada semua staf yang berkenaan,mengajar kami,menjadikan kami serba boleh dalam apa jua bidang dan tidak dilupakan juga kepada semua staf yang pernah membeli My Mom's Choc Cake...hehe

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin