Ahad, Mei 10, 2009

Salam ceria...Salam muhibbah..Apapun semoga korang ceria hendaknya disamping rerakan serta keluarga tercinta terutama kaum 2 ibu yang ada di Malaya ini..
Apa yang penting..'Selamat Hari Ibu.'
Petang tadi,sekembalinya sy dari kedai kek di Kluang,terus mak sy menyuruh sy singgah ke asrama untuk melawat adik 2 ku yang form one dan form 4..
adk:Mama,ada hadiah..
mak sy:eh,hadiah apa..
adk:bukak la dulu..
Yang ada hanya ada satu cup cake berperisa coklat dihiasi dengan buah ceri yang agak cantik beserta krim coklat seperti ais krim..Dan tidak ketinggalan,sekeping kad yang dibuatnya sendiri dalam bahasa Inggeris..Walaupun ringkas tetapi agak bermakna..Dan saban tahun,kad yang dibuat adk sy kerap menghiasi peti ais rumah kami..
Dan yang lebih bermakna,disebalik Hari Ibu,akhirnya cita-cita mak sy tercapai kerana adk sy dapat tawaran MRSM di Kota Tinggi.Tercapai jugak hajatnya walaupun dengan susah payah berulang-alik,melayan kerenah pejabat yang memacam,dan surat permohonan yang di hantar tanpa mengenal erti jemu..
Apapun,sy selaku anak beliau ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu sy,Roslina bt Jonit,tanpa beliau siapalah kami.Walaupun sy mengetahui ibu sy tidak menjenguk blog sy,tetapi sekurang-kurangnya dengan ucapan ini lah diharapkan pembakar semangat untuk terus memimpin kami ke arah kejayaan...
Itulah kisah sy,adik sy dan keluarga sy..Walaupun hanya merayakan hari ibu dengan sepotong cup cake,tetapi ianya cukup bermakna..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin