Selasa, Januari 06, 2009

Salam Tahun Baru & Maal Hijrah 1430.(Maybe dah terlambat...He.he)

Serta salam ceria jugak pada semua visitior ni.Diharapkan tahun baru mendatangkan seribu satu keceriaan,kegembiraan dan ketenangan krn tidak semua orang dapat nikmat tenang walaupun telah hidup selama 50 tahun.he.he..

Ada juga beberapa blog yang sy tgk sudah berubah interface,ada jugak web yang selalu saya kunjungi sudah berubah juga interface.Ada jugak beberapa siaran televisyen samaada swasta ataupun kerajaan sudah berubah interface nya.Jika dari sudut umur,ada yang telah meningkat remaja,dari remaja menjadi dewasa dan ada juga dari dewasa menjadi tua.Segala-galanya yang sy dapat ringkaskan adalah perubahan.Setiap tahun ada perubahan.Diharapkan perubahan yang sy maksudkan adalah yang bebaik sahaja.

Sekejap jer sudah tahun 2009.Sekejap jgk sudah berada di sem 5.Jika tiada masalah,kami akan berada di sem 6.Apapun walaupun berubah,blog ini masih sama interface nya.Ketiadaan masa serta tiada talian internet menyukarkan sy untuk mengubah interface yang ada.Namun ada sedikit penaiktarafan pada blog ini jadi gunakan dengan sebaiknya.

Sy mula meminati blog sejak tahun 2004.Minat sy makin bertambah apabila membaca artikel majalah HWM,September 2005(Blog Attack!) yang dijual pada harga promosi.(Sekarang ni harganya dah 12 ringgit).Artikel berkenaan berkaitan asal usul blog,term-term yang berkenaan dengan blog,jenis-jenis blog dan paling menarik ialah anugerah Best Asian Weblog Bloggies yang telah dimenangi oleh pemilik blog Ooh La La.

Blog ini mula direka pada 5/1/2004 dan tidak sangka sudah 5 tahun blog ini.Sy sygkan blog sy.Pada mulanya sy hanya meletakkan catatan harian semasa form 5,sedikit tentang form 6.Kemudian apabila sy mengambil jurusan elektronik pada 2005/2006 sy mula meletakkan peristiwa semasa di politeknik.Kemudian,bermula tahun 2007,sy telah menyediakan perkhidmatan untuk menyemak kptsn exm,pemberitahuan dari pnyelaras serta isu-isu semasa sehingga lah sekarang.Sy akui,pengunjung blog tidak ramai melawati blog ini namun apapun sy terus menjadi blogger utk menjadi satu kenangan dan rujukan utk masa akan datang.

Namun,ada juga pihak yang tidak berkenaan menjadikan blog sebagai agen utama penyebaran fitnah.Maka sy membangkang pihak yang berkenaan krn menyalahgunakan blog.Apapun,trimas kepada semua pihak samaada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menyampaikan idea untuk memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dengan isu-isu semasa.

Sy sedang berusaha mendalami ilmu blog,terutama bidang grafik walaupun bidang yang sy pelajari tiada kaitang dengan blog.Dan sy sedang berusaha juga untuk menyertai pertandingan blog samaada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

One For Three....Kalau kita terjemahkan dalam bahasa Melayu Satu Untuk Tiga.Apa benda tu...He.he

P/s:Apapun,sy tetap cintakan oneforthree.blogspot.com.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin