Khamis, Januari 22, 2009


Salam ceria sumer..Diharapkan rakan 2 yang sdg menjalani latihan diucapkan selamat bercuti dan bila kembali untuk bertugas,diharapkan hadir dengan semangat dan keazaman yg baru...Mungkin esk ada yg balik kampung,balik umah,bercuti jenjalan atau jumpa dengan ....whatever...lah kan..(x boleh ni.kesilapan bahasa)

Sebut tentang kesilapan..ada kesilapan yg disengajakan atau kesilapan yang tidak disengajakan.Yela,manusia mana la ada yang sempurna..Mesin ciptaan manusia pun kekadang x la sempurna mana.Kadang 2 jem lah,nak kena maintanance lah...

Pagi tadi yang indah,kami dibimbing salah seorg staf tentang Crossmatch,sesi praktikal yang amat kritikal.Kritikal kerana 1 kesilapan yang tidak disengajakan akan membawa bahaya pada pesakit (atau pesakit tu sendiri meninggalkan dunia).Seperti biasa kami berjaya menserasikan darah donor dengan serum pesakit kerana tiada agglutinate pada fasa suhu bilik,warm/termo, serta AHG...Setelah disahkan dengan CCC,kami berjaya mendapatkan 2 plus..

Namun setelah discreening semula dengan anti c,kami dapati salah satu darah penderma adalah pos agglutinate.Jadi berlaku kesilapan yang tidak disengajakan semasa teknik Crossmatch.Mungkin terdapat weak antibody,jadi ia agak menyusahkan kami.Kami lanjutkan dengan screening antibody dan confirmation antibody (melalui 11 panel cell.)Jadi kami padankan dan didapati ada lagi antibodi yang kami sendiri x sangka(setelah staf menunjukkan cara yang betul dalam penentuan antibodi mengikut jadual.)Jadi sebagai keselamatan,disyorkan utk jalankn ujian phenotyping,(ada reagen yang disediakan di makmal)...

Apapun,sy membuat kesimpulan bahawa tiada manusia yang tidak membuat silap...Ada yang buat silap(x sengaja) macam contoh cerita tadi..Apapun sekiranya was-was dalam pekerjaan,pembelajaran,tanyalah pada yang arif..serta lebih tahu....Fahamkan..

P/s:Makin belaja,makin banyak tak tahu...Jadi..makan la tahu...Gambar kat atas gambar yang tiada kaitan dengan cerita.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin