Salam ceria sumer..Apapun diharapkan semuanya sihat sejahtera di samping keluarga dan member 2 yang tercinta.
10hb yang lepas,sy bersama 3 orang staf,staf nurse/sister dan beberapa orang pegawai perubatan serta 3 orang APPK,mengadakan program derma darah di Jusco,Permas Jaya,Johor.Dengan kerjasama antara Pacific selaku sponsor,maka program sebegini dapat dijalankan dengan jayanya.
Memacam ragam yg dapat sy lihat sepanjang program ni.Ada yang nervous,ada jugak yang ceria jer,dan ad jugak yg musykil kumpulan darahnya apa.Ada jugak yang bertanya,naper x boleh derma.Ada jugak yang bertanya mcm ner antisera berfungsi.Dan ada jugak yang teringin sangat nak derma namun tidak boleh kerana paras Hb yang terlalu rendah,namun nak derma jugak.Memacam.Sehingga jam 5 pun masih ada yang nak menunggu.Namun apakan daya,tidak boleh sebab program tersebut tamat jam 5 petang.
Kesimpulannya,derma darah adalah amalan yang mulia yang boleh disertai oleh pelbagai kaum.Trimas kepada semua yang bertanya,trimas jugak kpd sumer yang bersemangat nak menderma darah(walaupun nervous,first time) dan trimas jugak kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam perlaksanaan program mobile @ Jusco...
P/s:Mobile kali 2,Kem Tentera Majidee
17/1/08-UTM Skudai(Zairul)
18/1/08-Plaza Angsana,JB(Poji).
Secara ringkas prosedur pemprosesan darah(sebab ada yang bertanya)
Peringkat mobile/hosp.
1.Isikan borang pendermaan darah
2.Check paras Hb dan ABO group
3.Pergi ke sesi temuduga
4.Pendermaan darah (5~ 10 minit)
5.Refreshment area
Peringkat komponen
6.Masukkan data/tally
7.1 tiub untuk Crossmatch,1 tiub lagi ke KajiKuman(Screening HIV,AIDS,Malaria,Hepatitis)
8.Empar
9.Pembahagian komponen FFP,Packed Cell,Platlet Concentration
10.Empar
11.Kuarantin (Unscreening)
Peringkat Crossmatch
12.ABO Grouping (Regrouping)
13.Screening Antibodi
14.Confirmation Antibodi
Beginilah secara ringkas prosedur pemprosesan darah.Banyak nyer....
P/s:Namun kritikal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan