Selasa, Disember 23, 2008


Sebahagian daripada radas untuk membuat pencelupan Trichrome(Parasitologi Perubatan)



Seorang staf makmal yang sedang menjalankan tugas rutin..(Kajikuman)




Sebahagian dari jamuan CME anjuran kami di makmal Patologi.





Program pengagihan bubur lambuk HSA





Ovitrap-Sejenis alatan untuk memerangkap jejentik..(KK Tampoi)





Bahagian Vektor @ Tampoi.



Penyampaian CME oleh kami kepada staf/pegawai (KajiKuman)



Sebahagian dari alatan untuk membuat agar...

Reply post-aeen
Salam ceria sumer.Apapun diharapkan semuanye sihat sejahtera..Apapun diucapkan syabas kepada korang yang sudi melawat blog sy.Bukan blog sy tapi blog kami‭ (Sem 5).
‭Sejak diumumkan keputusan akhir sem 4,ramailah yang bertanyakan kepada sy,bper pointer sebab setakat diberitahu sumer lulus.Apapun sekiranya ingin mengetahui baper pointer korang,tanya kepada penyelaras memasing atau sesiapa yang berkenaan dalam kolej.Di sini sy ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada sesiapa yang lulus,dan sekiranya tidak berpuas hati dengan pointer tu diharapkan meningkatkan lagi usaha serta tumpuan dalam pembelajaran korang.

‭Dan ada juga dikalangan junior bertanya macam mana pengalaman masa praktikal..Teringat jugak kan bahawa pengalaman ni bukannya boleh dibeli kat kedai,kat Giant,Jusco dan tidak boleh ditukarkan dengan nilai ringgit mahupun dolar.Dan ada sesetengah yang cakap,pengalaman ni merupakan guru yang jahat,zalim sebab membiarkan kita mengalaminya dulu.

‭Apapun diucapkan trimas jugak kepada guru saya,PENGALAMAN,sebab tanpanyalah sy x mempelajari sesuatu yang amat bernilai (priceless)...He.he..‭Seperti yg sy katakan,hari pertama,hari yang paling menakutkan.Macam jumpa gf,bakal mak mentua ker...he.he..Macam tu jgk praktikal.Namun dengan bantuan senior kami (bakal sem 6) maka kami dapat menyesuaikan diri.Hari pertama juga kami diarahkan menyuai kenalkan diri kepada kakitangan lab.Bukan staf shj,tapi semua yang berada dalam lab,termasuk attendant.Sekiranya tiada kerja,dengan ringan tulang kami belajar tentang cara pengagihan sampel dan menghantar sample kepada bench 2 yang ditetapkan.

‭Dan masa tu (kami kat KajiKuman) attentdant yang mengajar kami cara mengagihkan sampel dan dalam masa 1 jam,kami siap mengagihkannya.Staf 2 kebanyakannya walaupun sibuk namun tetap mengajar kami dalam identify mikroorganisma.Dan ada juga yang mengajar kami practical on da spot,terus buat ujian identify.Bertuahnya kami..Yang penting sy tegaskan,jangan sombong,tepati masa dan bersikap ringan tulang.Insya allah,hari 2 seterusnya berjalan dengan lancar.

‭Bila sekembalinya dari kolej,tidak kurang jugak cerita yang sy dengar ada yang baik,dan ada juga yang x sedap didengar.Dan ada juga yang tiada kerjasama.Kerjasama tu penting dalam memastikan pandangan staf/officer kepada kita adalah terbaik.Macam citer Blue's Clue,TV9.Ada juga yang sy dengar sekiranya trainee tu memuaskan hati officer/staf,kemungkinan kita akan ditempatkan posting sama seperti kita praktikal dahulu.
‭Ada juga staf yang menjadikan kami kawan,sebab katanya sekiranya kami bekerja dalam lab yang sama,kita akan berjumpa.Kurangkan musuh dan ramaikanlah kawan.
‭Apapun buat junior 2 kami,diharapkan jangan bimbang,kalut serta takut,cuma lalui nya dengan penuh makna....

‭P/s:Keputusan PMR 28hb...Sekejap lagi daftar asrama bt adikku.Dan sekejap lagi,Kerja,kerja,cepat masuk lab...he.he(petikan dari kata 2 s'org staf)


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin