Khamis, November 13, 2008


Terdapat 2 perkara yang perlu diberikan perhatian:
Pertama...
Ketika mendengar berita/cerita...pastikan dengar betul2 dan faham...

Kedua...
Ketika menceritakan kembali berita/cerita yang telah didengar, pastikan kita menceritakannya dengan betul dan tiada tokok tambah...


Jangan jadi seperti berikut:
orang yang tak pandai mendengar dengan tepat....
orang yang tak pandai mengingat berita yang didengar....
orang yang tak pandai menceritakan kembali cerita yang telah diingat...
orang yang tak ingin membetulkan kesalahan dirinya yang salah bercerita...
LEBIH-LEBIH LAGI kalau cerita itu cerita tentang Islam, agama kita!
LEBIH-LEBIH LAGI kalau cerita itu tentang orang Islam, saudara kita!

INGATLAH...
Rasulullah SAW telah bersabda:
Cukuplah menjadi satu kesalahan/pembohongan apabila seseorang itu menceritakan semua perkara yang didengarinya..(dengan maksud tidak menapis dan tidak berhati-hati)
(Hadith riwayat Imam Muslim di dalam pendahuluan bukunya 'Sahih Muslim' dan juga diriwayatkan oleh Abu Daud dalam 'Sunan')

Sumber:alitantawi.blogspot.com..

Hmm,dalam menghasilkan idea untuk mencoretkan dalam blog,rajin jugak sy melawat blog beliau,seorang guru yang sy hormati,banyak mengajar sy tentang berfikiran terbuka..Bila terbaca ulasan beliau,rasa-rasa sy boleh aplikasi dalam sistem perhubungan di hospital-hospital yang ada kat Malaya ni...

Teringat jugak citer ni...
Nampak la seorang hamba allah ni sambil meluru ke kaunter...
x:sampel ni hantar kat sini ker...
y:bia sy check dulu..ok cik,sampel diproses dalam masa 1 jam..boleh tunggu nyer..
x:tapi doktor mahu check balik ...... hb.
y:jadi cik boleh balik dulu nyer..
x:x boleh,doktor nak check skrg..
y:kata doktor mahu check sekian hb...x perlah...(Borang yang dirujuk adalah ujian segera)

Hmm,kadang 2 yang mendengar ni dengar dengan teliti dulu sebelum merumuskan apa yang perlu dibuat(tindakan).Sekiranya apa yang di dengar salah,maka tindakannya pun salah sama macam apa yang di dengar..Jadi,jadilah pendengar yang baik...

Citer yang 2:Untuk memastikan segala keputusan dari makmal untuk dihantar kepada wad,suatu sistem online diadakan...Result yang bercetak lengkap dengan tarikh,masa,ujian serta data pesakit lengkap dalam form tu...Bayangkan jika semua result hanya dihantar dari mulut ke mulut...Mesti ada ralat nyer,ditambah atau dikurangkan..

Apapun,lidah walaupun organ yang terlembut dalam sistem badan manusia merupakan senjata yang paling efektif mengikut tujuan dan niat yang tertentu...Faham x?

P/s:Sumber hadith dari alitantawi.blogspot.com.Admin hanya mengaitkan apa yang diperkatakan olehnya dengan pengalaman sebenar...Sekiranya tidak setuju,perlu diingatkan itu adalah pendapat admin sendiri...

Posting akan datang:
Memoir PatoChem
Final exam..
Good bye 2008...

Nantikan kemunculannya....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin