Ahad, November 23, 2008




Selamat Tinggal 2008...
Eh awal lagi lorr...baru bulan 11 kan...x per,lagipun saja nak update blog ni bia advance sikit kan...Tapi sebelum tu biarlah saya ulas sikit tentang apa yang berlaku sepanjang tahun 2008 ni...

Nak tahu tentang apa yang berlaku 2008,klik di sini...

Tentang exam,tiada apa yang berlaku,cuma ada la beberapa orang sahabat sy menceritakan suka duka semasa praktikal.Ada yang kena marah(biasalah),ada jugak yang jadi mangsa umpatan staf, dan ada juga yang mencadangkan apa yang perlu buat dan yang tidak perlu dibuat.Apapun yang berlaku,biarlah ianya berlaku dan apa yang terjadi adalah sebahagian daripada politik hidup.Biarlah tahun depan jadi lebih baik dari tahun ni.

Tentang kolej,rupa-rupanya kolej nak capai taraf ISO.ISO?Apa benda tu...Sejenis pengiktirafan standard yang diberikan apabila sesuatu institusi mencapai standard yang dikehendaki.Di dinding 2 kolej sudah diperbanyakan gambar,di surau telah ditampal 1001 tazkirah,dan di hostel pulak setiap bilik dicat dengan warna oren.He.he...Apapun ada jugak rungutan yang sy dengar bila kolej nak capai taraf ISO.Apa dia rungutan tu,biarlah anda sendiri yang tahu nanti...

Tentang hospital,buat masa kini mengikut takwim yang diberikan oleh kolej,kami start lapor diri pada 5/1/09.Apapun biarlah melapor diri pada masa yang dikehendaki..Faham kan..
P/s:Bila nak cuti 2 Malaysia ni...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin