Rabu, September 17, 2008


Salam ceria sumer...Apapun diharapkan korang sumer sihat dan ceria...Start 15 hb seperti yang dicatatkan dalam jadual,kami sumer berpindah mengikuti modul PatoChem..Suasana makmal yang macam kilang biskut dan roti menyebabkan kami rasa teruja yang amat sangat terhadap kecanggihan mesin-mesin yang mampu menjalankan hampir 50 test atau lebih dalam satu-satu masa.Ini dapat diperhatikan melalui pelbagai reagen yang namanya telah disingkatkan untuk memudahkan pembacaan.Sy bersama staf mengendalikan seksyen modulator,Poji untuk seksyen pengendalian sample dan Zairul mengendalikan seksyen Dadah,pengesanan dadah dalam urin.Pegawai yang mengendalikan kami telah memberikan kami jadual,jadi kami akan rotate bergilir-gilir...

Apapun,kecanggihan mesin-mesin ini telah berjaya memendekkan masa untuk mendapatkan keputusan ujian dengan lebih tepat.Mesin yang kami dapati adalah dari model Hitachi...berupaya mengendalikan beberapa ujian dengan serentak termasuk ujian Imunoassay...Canggih giler....Bila mendapat tahu harganya yang agak tidak mampu dimiliki,kami yakin keputusan yang diberikan adalah amat tepat...

P/s:Bila kolej nak beli eh mesin tu...He.he

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin