Hari ni sy baru balik dari kampung.Saja nak release tension daripada Biologi skrap dan apa-apalah yang buat kepala saya serabut.Banyak perkara yang saya pelajari setiap hari di kampung.Tentang kehidupannya,ketenangannya dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan seharian.Sekurang-kurangnya saya dah dapat melupakan apa yang patut dilupakan.Apa dia?Biarlah.Biarlah ia menjadi satu misteri bagi korang dan biarlah ia menjadi satu pengajaran dalam hidup saya.Apa isu semasa nyer?Di radio sy terdengar Malaysia telah mendapat 61 pingat emas di Sukan Sea.Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya membuat sesuatu yang terbaik.Syabas semuanyer.
2/12/05
First day in my village..Tak der lah yang menarik.Biasa jer.Tapi pada waktu malamnya cukup happening.Naper.My cousins,just call Angah and Uda invite me to join us.Join apa.Menekut burung.Sy tak tahu nak sebut cam ner kalau menekut burung.Sebenarnya ada macam 2 cara nak jerat burung.Pertama,guna jerat,kata orang guna rachik.Kedua dengan memanggil burung tersebut dengan istilah menekut.Yang menariknya apabila ditekut,burung ruak-ruak yang datang.Burungnya kecil dan di bahagian bawahnya berwarna putih.Agak cantik.Dagingnya juga sedap dimakan dimasak dengan menggoreng atau dibuat gulai.Uda dengan kepakarannya menekut dan pada malam tersebut dengan jayanya mendapat 20 ekor.
3/12/05
Pada paginya,sy,mak anjang,uda dan angah menyiang burung tersebut.Sori kalo beberapa istilah korang kurang faham.Membuang bulu burung bukannya mudah lebih-lebih lagi burungnya bersaiz kecil.Uda dengan kepantasannya membuang bulu burung dengan pantas tapi tak berjaya memuaskan hati Mak Anjang.He.he.'Naper tak bersih ni?''katanya.Syok jugak dan pada waktu petangnya,Ali dan saya bersama Angah dan Uda makan nasi dengan gulai burung ruak-ruak.Sedap sampai menjilat jari.My cousin Ali tell to me that at Sunday,he have KPP.Baru nak ambil lesen motor.Dia agak takut pada mulanya tapi sy cuba yakinkan pada dia yang dia boleh buat.
Pada waktu malam lak,Uda dan Angah meneruskan projeknya menekut ruak-ruak.Pada malam ini cuma 4 ekor sahaja.Cukuplah makan untuk mereka sekeluarga.Lebih happening dengan kehadiran Pak Andak.Bersama dengan parangnya bersiap sedia untuk menyembelih ruak-ruak.
4/12/05
Pak cik saya bersama Angah dan Uda menekut.Setiap mereka mempunyai bunyi tekut yang berlainan.Dan pada malam semalam,mereka berjaya menangkap 10 ekor.Cukup banyak dan happening.
Macam-macam lagi sy buat di kampung.Semalam,pada waktu petang,Nizam,Uda dan Angah memancing.Berjaya mendapat ikan sepat,haruan dan puyu.Apalagi kami menggorengnya dengan menjadikan rempah kunyit sebagai perisanya di luar rumah.Kira macam camping la.Lebih happening,ketika menggoreng ubi kayu.Ubi kayu dicampur dengan air limau kemudian diperahkan ke atas ubi kayu.Agak sedap kerana ubi yang digoreng mempunyai rasa masam.Telur perisa limau dengan pewarna serbuk kunyit.He.he.Apa-apalah.Pak Anjang terkejut melihat hidangan kami.Mungkin bila datang lagi sy akan syorkan pada mereka buat kentang bakar perisa limau dengan pewarna kuning serbuk kunyit.he.he.
Apa yang korang buat kat kampung.Mungkin lebih happening dari saya.Citerlah dan hantarkan mengikut e-mail di bawah.
My friend Maza telah meninggalkan form 6.Dia berjaya mendapat UiTM Segamat ngan kos Diploma Sains Komputer.Tahniah dan harap itulah keputusan terbaik yang korang buat.Nad lak suruh saya ambil Achot jadi ahli kumpulan saya utk gantikan Farid.Saya setuju sebab utk cukupkan 5 orang.Just ok.Sedihnya tinggal baper orang jer lagi.Harap takder rombakan kelas lagi tahun depan.
P/s:Hei,bila nak buat Apple(Chem) ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan