Isnin, Disember 19, 2005

19/12/05
Pagi ni adik sy beli buku.Beli buku latihan ngan baju senam sekolah.Nak tahu juga tentang keputusan asrama adik tapi tiada maklumat tentangnya.Sepatutnya surat tawran sudah diedarkan dari awal bulan tapi........Biarkanlah.Urusan sekolah ngan asrama.
Mcm biasa terjumpa lak bebudak dorm tahun lepas.Yun,Mirul,Hafiz ngan Faiz.Diaorang ni jaga koperasi.Kebiasaannya apabila sy nak beli barang kat koperasi Yun selalu jadi mangsa.Sebab dia rajin pergi sana.Diaorang kata,naper senyap jer.Sy ni memang senyap sampai orang/kawan tak tau apa citer pada saya.Entahlah.Naper sy jadi mcm tu,tak taulah.
Yun ajak datang rumahnya kat Kahang Barat,mungkin 24 haribulan ni ada kat rumah.Dengar citer kep.PMR lagi 3 hari.Apapun goodluck lah kat pelajar yang ambik PMR ni.Cikgu Madzian,guru BM sy menanyakan khabar kepada sy.Dia rasa pelajar batch thn lepas adalah pelajar yang terbaik sebab dalam kelas ada 33 orang dapat A BM dalam SPM.Yang 3 orang lagi dapat B.Kira ok sebab dapat buat yang terbaiklah.Tak macam tahun ni bebudaknyer lainlah.Kata ckgu saya.Sy cuma mendengar sajalah.
Bila lihat balik keadaan sekolah,sudah berubah.Dari landskapnyer hinggalah persekitaran kelas.Hampir kesemua kelas/bangunan dicat dengan warna oren.Begitu juga dengan asrama Aspuri kecuali asrama aspura.
Apapun setiap kehidupan yang kita lalui ada perubahan.Ia tetap perubahan walaupun kepada yang positif dan negatif.Maka kita dituntut untuk melakukan perubahan ke arah yang positif....
P/s:Bila nak brief lagi....Serangga x siap lagi..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin