29/11/05
Hi guys.Apa khabar semua.Hari yang terindah bagi sape 2 yang tahu menghargainya.He.heHari ni best sangat sebab ada program dan tak la tesion sangat asyik buat kerja Bio jer.Pada paginya,mak saya surh bangun.'Bangun,pergi pasar.Ikan takder,''he.he.Terpaksalah bangun.Kalo x,x dapat makan ikan.Sekali lagi sy ucapkan kpd visitors saya yang setia,sy menghargainya.Jam 9,memb saya telefon bertanyakan saya ke mana.Masa tu belum balik lagi.Fon tinggal pulak.Bateri weak.
Sy bersiap membawa apa yang patut terutamanya kerja Bio sy yang dah siap hampir 75 keping utk herba,tanah dan serangga.Sy fikir segala lukisan yang patut dilukis dihantar pada Azie seb. dia x der kerja dan dia sendiri yang nak.Bak mengantuk disorongkan bantal, apa lagi.Hantarlah.Sampai di Kahang jam 12:30 tgh hari dan tiba di rumahnya jam 2.15.Pening la jalan kat felda ni.Tambahan pula x der tanda jalan.
Apabila tiba jer,dia pelik.'Naper x lalu jalan yang dekat,Situ kan ada,'katanya.Rumahnya kecil dan agak selesalah bagi mereka sekeluraga.Saya kadang-kadang terharu dan kasihanlah tengok mereka ni.Sehinggakan member sy,'Ni bukan ni rumah dia,'katanya.Dlm ingatan sy tergambar rumahnya atas bukit.Tapi......sy taknak katakan.Tapi sy tengok si Azie ni rileks jer,jenis yg periang dan tak suka tunjukkan dirinya ada masalah.Saya memujinya.Syabas!Tak semua orang cam gini.
Teringat lak masa form 3 dulu.Ikut bapa sy hantar barang kat estet yang hampir dgn rumah dulu.Masa tu nak hantar tv.Setibanya di sana,sy lihat rumahnya.....bila masuk yang ada hanyalah sebuah almari besar dan kerusi yang dah lama.Itu saja.Tiada hiasan,tiada karpet,tiada alas getah dan yang lebih rumit lagi tiada jam dinding.Tetapi tuan rumah tetap menyambut bapa sy dan sy dengan tersenyum dan dengan hati yang terbuka.Dan sejak dari itulah sy sangkakan kehidupan di sini adalah lebih sukar dari yang felda.Sukar utk katakan perkara begini kepada orang lain tapi adalah lebih mudah jika kita jenguk keadaan orang yang di bawah 'kita.'
Bila tiba jer di rumah Azie yang kat felda ni keadaannya adalah lebih kurang sama dengan tuan rumah yang berada di estet.Dia pernah katakan pd sy dulu yang di ruang tamu rumah nya adalah tempat dia baring,mak dia dan adiknya semua.Bila sy fikir dan lihat sendiri keadaannya barulah sy faham keadaannya.Dengan saiz rumahnya yang sama dengan rumah di estet mungkin x selesa baginya tapi dia sy tengok masih boleh tersenyum dan cuba elakkan orang mengetahui yang dia mempunyai masalah.Happening orangnya dan ceria jer.Kagum sy.Mungkin bagi sesetengah visitors terutamanya saudara saya yang bernama Nisa he.he.Jgn marenyer,saya memujinya dengan keterlaluan dan mungkin ada somethinglah sesuatu......Sy cuma ckp bdasarkan apa yang saya lihat dan luahkannya mengikut keadaan atau masa yang sesuai.Bukan puji utk membodek ker dan jauh sekali sy suka pd dia.Sy cuma suka pada sikapnya yang macam gitu.Kesimpulannya,kehidupan kita tidak semestinya sama dengan kehidupan insan lain.Mungkin insan lain lebih arif tentang bagaimana nak hadapi kehidupan itu dengan lebih bermakna.Tuhan jadikan setiap mahkluk dengan keadaan hidup yang berlainan supaya kita yang diciptakanNya ni lebih menghargai kehidupan kita sendiri.Fikir-fikirkanlah.
Tepat jam 2.30 sy dan member pergi air terjun.Jaraknya lebih kurang 15 km lagi.Cari port dan mandi.Yeahoo.puas.Tak mcm kali pertama pergi..
Apa isu semasa hari ni.Takder la.Tak tengok berita dan baca paper.Ohh,ingat tentang badan bebas yang baru ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menyiasat kes-kes sebegini.Apapun,sy x mahu la komen lebih-lebih.Biarlah pihak kerajaan buat apa-apa yang terbaik supaya kes sebegini tak berulang..
Apa bezanya kawan dengan member?he.he.Perbezaannya adalah bahasa.Kawan adalah dalam B.Melayu dan member dalam B. Inggeris.Bagi sy,ia juga mempunyai maksud yang berbeza.
Dalam situasi yang berbeza,bg saya lah.Member adalah org yang baru kita kenal.Misalnya x bertanya pada y,'Sape dia tu,'kata x.Y jawab lak,tu lah member aku,Razi namanya,baru duk kat sini,'Saya dah lama memerhatikan situasi begini.Kawan lak adalah orang yang boleh dikatakan kita dah lama kenal.Dah tahu sifat yang dia suka dan dia tak suka.Jadi apa komen korang?Hantarkan pndapat anda mengikut e-mail di bawah.
Selamat menghantar pendapat.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan