Isnin, Oktober 31, 2005

Sekilas rasa...Nukilan hati

Hari yang boring laa.x tau naper.Dahla member semua balik kampung.Sy mungkin balik pagi raya sebab jarak yang boleh dikatakan hampir ngan rumah saya.Sy ingat nak letak gambar masa sy sekolah dulu tapi kat cc ni x der disket laa.Teringat masa form 5 dulu,fly asrama semata-mata nak merayakan hari terakhir tinggal di asrama.Bukan seorang tapi smua pelajar form 5.Masa tu ketua warden x tau.Sedang leka makan-makan tiba ada pengetua kat situ.Apalagi pengetua pun tanya,awak dapat kebenaran dari siapa hah!Dah beritahu ust Faizi?(Ust Faizi adalah ketua warden kami masa tu)Dengan slumbernya menjawab dah.Itulah kenangan ketiga tinggal di hostel dulu.Sekarang masing-masing semua dah bawa diri.Ada yang ke Perak,Selangor dan ada yang dah bekerja.

Sy rasa f 5 paling bermakna bagi sy.Pagi Sabtu,sy dengan slumber mengambil kunci Computer Lab di pejabat dan terus menyimpannya sampai akhir tahun.Best gak dapat serve internet free.Masa hari Ahad lak,semua pelajar asrama yang nak guna computer lab semua pg sekolah.Haru masa tu.Apalagi,saya kenakan caj.Banyak jugak masa tu dapat.

Tapi dah masuk f6 ni,masing-masing bawa diri.Dah x jumpa lagi.Kadang-kadang miss juga member lama yang kat sekolah dulu.Korang camner pulak...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin