Ahad, Oktober 16, 2005

Berita yang x best

Berita yg x best...
Err,semalam sy tengok siaran tv swasta yang memaparkan tentang aktiviti remaja yang membuat perkara maksiat bulan puasa.Sy sekadar tengok dan lebih suka mendengar pendapat dari orang yang menelefon.Teruk jugaknyer kat sana.Hotel murahan jadi port yang best.

Ada pemanggil yang menyalahkan ibu bapa yang tidak memberikan pendidikan agama dari awal.Ok,pada mulanya sy setuju tetapi setelah difikirkan balik,klu memberi tu kurang sesuai.Kalau sekadar memberikan pendidikan agama sahaja tapi x mengamalkan,tak guna jugak.Jadi dalam hal ni kita x boleh menyalahkan mak bapak sebab diaorang dah menjalankan tanggungjawab diaorang.Jadi setelah diaorang memberi jadi sudah jadi tanggungjawab supaya kita mengamalkannya.Jadi sy kurang setuju jika kita menyalahkan ibu-bapa sahaja.

Lagi satu pihak hotel seharusnya menjalankan penyiasatan.Walaupun kurang privasi,tetapi sekurang-kurangnya pihak hotel tahu tentang status sebenar kenapa pelanggan mereka menginap hotel mereka.Jadi kepada remaja yang diluar sana.jangan lakukan perkara yang x senonoh ni pada bulan puasa nyer.Tak baik.Nanti kena balasan kat dunia ni siapa yang susah.Fikir-fikirkanlah..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin