Selasa, September 27, 2005

sekilas rasa

Sekilas rasa...Nukilan hati.....

Urggh,penatnya.Kena kemas barang.Pehhh.Banyak rak kena angkat.Letih tu.Tapi apa nak buat kenalah angkat semuanya.Kalau tak tak bergeraklah barang yang sepatutnya beralih ke rumah baru.Tadi rakan saya mengulas tentang rokok.Dia telah berjaya survey seorang rakan,namanya Fazzedy.Mengikut statistik yang dijalankan oleh rakan saya,dia telah memperuntukkan hampir RM 600 untuk membeli rokok dan menghisapnya.Dan tar yang ada di jantungnya adalah sebanyak 26700 mg(mengikut sebatang rokok approx 2 mg) cukup untuk tar lantai kelas.Menakutkan.Dan jika jangka hayatnya sehingga 25 tahun dia telah memperuntukkan hampir RM 21000 cukup untuk pergi menunaikan haji sebanyak 2 kali.So,mengikut apa yang F beritahu pada sy ialah dia telah terjebak dalam rokok ni sejak f4.Dan mula berjinak kembali dalam rokok apabila selepas SPM sehinggalah dapat tawaran form 6.

Macam mana nak hilangkan ketagihan terhadap rokok?Jawapannya cuma satu,Pengawalan Minda tapi minda bukanlah sesuatu yang mudah dikawal kerana banyak faktor lain yang boleh menggangu.Nak berhenti boleh tetapi bergantung pada matlamat dan minda yang dikawalnya.Sy x pernah merokok.So x perlulah saya mencuba utk menghisapnya.Lagipun saya tak nak jadikan hidup sy Half Life.Mcm Chem pulak nya=t 1/2=ln2/k.Ahhh,apa-apalah.Tu formula Chem nak tentukan first order reaction dan formula Half Life.Sy cuba utk membantunya rakan saya.Kesian dia.Menghabiskan duit untuk sesuatu yang boleh membawa nikmat yang sementara.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin