Rabu, Ogos 24, 2005

Samb. Dendam Bah 4

Kamal buntu.Kamal bimbang.’Ish,tak tau nak buat apa nak settlekan masalah ni!’’Pap,bunyi kaca penutup meja pecah.Tangannya berdarah.Tiba-tiba dia seperti berada di alam lain.’Ish,jembalang mana pulak kacau ni,’desis hati kecilnya yang kerisauan.Pandangannya tiba-tiba difokuskan ke arah seorang remaja perempuan yang berdiri di hadapan sebatang pokok.’Ain,apa awak buat kat sini.Jom balik,’kata Kamal mengajaknya balik.
‘Aku taknak balik.Aku nak balas dendam.Dendam yang tak berbalas.Setelah kau merosakkan aku kau tinggalkan aku nyer.Tibalah masanya untuk aku balas dendam,’kata Ain dengan nada yang tinggi.Matanya merah.Kukunya tajam.Tak ubah seperti pontianak yang selalu dilihatnya di television.Tiba-tiba dengan sepantas kilat Ain memeluk bahagian belakang Kamal.’Jomlah,buat lagi.Sayang tak sabar ni,’goda Ain sambil menggosok belakang Kamal.Kamal pelik tetapi nafsunya membara.’Ok,abang tunggu saat ni sebenarnya,’kata Kamal sambil menggosok belakang Ain.’Persetan,’lantas penampar Ain mengenai pipi Kamal.Kamal terjatuh.’Tak guna.Rasakan sekarang kau berada di alam lain,’kata Ain sambil tangannya memegang parang.
Tiba-tiba Kamal merasakan dirinya berada di sebuah lubang yang besar.Lubang itu tiada penghujungnya.Gelap.Kamal merasakan dirinya tergantung di sebalik akar kayu yang terdapat di hujung lubang tersebut.Lantas Ain memegang parang tersebut dan...’Nanti,sebelum aku mati biarlah aku pesan beberapa perkara pada kau.Aku nak kau maafkan kesalahan aku dan jika anak kita lahir,jagalah dengan baik seperti kau menjaga diri kau sendiri.Kedua,pesanku pada kau ialah ingatlah detik-detik manis ketika bersama.Simpanlah kenangan itu baik-baik dan aku doakan kau mendapat jodoh yang terbaik bagi kau.,’Lantas Ain memegang parangnya dan memotong tangan kiri Kamal.Sekarang Kamal hanya bergantung pada tangan kanannya sahaja.’Sekarang aku hanya bergantung pada tangan kanan sahaja,ada lima jari,menandakan rukun islam ada lima.Aku nak kau laksanakan rukun islam itu dengan baik.’pesan Kamal sambil menahan sakit.Lantas Ain dengan pantas memotong 3 jari Kamal.’Ain,sekarang aku hanya bergantung kepada 2 jari sahaja.Aku masih ingat kenapa aku sukakan kau.Jari yang pertama adalah aku dan jari kedua adalah kau.Jika ada jodoh kita akan bersama Ain,’kata Kamal dengan darahnya yang mengalir.’Ok,lepas ni kau dah tak rasa sakit lagi.Trappp,lantas Ain memotong tangan kanan Kamal menyebabkan Kamal terjatuh dan..... tamatlah riwayat hidup Kamal yang penuh misteri........

‘Bang,malam ni kita pergi mid valley nya.Ajak Kamal sekali,kata ibu Kamal sambil membuka pintu rumah.’Mal,Mal mak dah balik.’rumah yang sunyi menyebabkan ibu Kamal tidak sedap hati.’Ya Allah.......

Apa dah jadi dengan ibu dan bapa Kamal?Kenapa mereka terkejut.Nantikan sambungannya akan datang.........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin