Sabtu, Mei 14, 2005

Cerpen 2:Impian

Macam ner boleh dapat idea nak buat cerpen Impian ni.

Sebenarnya saya ada terbaca satu komik koleksi Gempak Starz yang bertajuk Bakat 2003.Ada satu komik(non strip) yang tajuknya impian.Jadi dalam komik tersebut saya olah berdasarkan pengalaman saya.Jadi saya harap korang enjoylah mbaca cerpen saya ni.Nanti bulan depan saya nak buat cerpen yang 18 SG punya.Nantikanlah.Ia bertemakan keganasan tetapi boleh menyebabkan anda berfikir.Okies.

Impian

‘Macam mana ni,esok dah hari terbuka,aku belum lagi cakap dengan mama.Habislah,keputusan dahlah teruk,’desis hati kecilku.Aku sememangnya tidak gemar jika ada program hari terbuka.Aku tidak mengetahui kenapa aku bersifat sedemikian,sedangkan Hari Terbuka adalah hari yang sesuai untuk ibu dan bapa berbincang dengan guru untuk meningkatkan pretasi mata pelajaran.’Di,kau dah beritahu mak kau pasal hari esok,’’kata Nazri sambil memandangku.Dia seorang yang baik dan selalu mengingatkan aku tentang program sekolah.’Belum,aku takutlah.Dahlah banyak yang tak lulus,lepas tu kena ceramah lagi dengan cikgu Azah.Aku takutlah,’’kataku

Kringgg....Loceng sekolah berbunyi.Aku tinggal di asrama sejak tingkatan 2.Bagiku tinggal di asrama menyebabkan masa untuk aku belajar adalah terurus.Pelajar sessi pagi kulihat kelihatan gembira kerana kembali ke asrama.Ada yang sedang berbual tentang hal peribadi dan ada yang lebih keterlaluan menganggu rakan yang lain.Jika pelajar yang tidak tinggal di asrama pula lebih riang dan gembira kerana dapat menonton televisyen atau pada waktu petangnya pula bermain sepak takraw di padang.’Macam-macamlah,mentang-mentang aku duduk asrama,tak boleh tengok tv,’desis hati kecilku.

‘Tuek,tuek,jomlah turun main bola,woi jomlah turun,’jeritan Mus mengejutkanku.’Dah,tidur rupanya aku,patutlah buku sejarah aku ada atas kepalaku.’’Bangun,bangun,dah asar ni.Sembahyang jom,’jerit Fuzin pula.Fuzin,seorang yang tegas dan,’Woi,bangun.Kau ni tidur jer.Kau tau dah pukul berapa ni,pukul 5 tau.Sembahyang tak lagi.Membuta jer,kerjanya,’kata Fuzin kepadaku sambil mengetuk meja dengan kuat untuk mengejutkanku.’Kan dah kena,’desis hati kecilku.

Selepas menelefon mama tentang hari terbuka esok,aku bersama rakanku bermain bola sepak di padang.Kebiasaannya Shahril selaku ‘striker’ selalu menjaringkan gol.Pasangan dua sejoli Tuek dan Mus, pasangan yang ‘serasi’ dalam permainan bola sepak.Mereka juga menjaringkan gol lawan sehingga kumpulan kami menang.’Di,bola tu,kejar,kejar di,’aku terkejut lantas mengambil langkah yang drastik.Tapi langkahku tak berjaya dan akhirnya bola terlepas dan ‘goool’sorak pasukan lawan.’Takper,teruskan belajar bermain bola,’kata Azri menyindirku.Aku hanya mendiamkan diri.

Keesokan harinya,program hari terbuka sekolah berjalan seperti biasa.Seperti biasa aku menunggu di tempat yang dijanjikan iaitu di kantin.Kulihat suasana ketika itu riuh ditambah pula dengan keadaan ibu bapa yang sedang sibuk mencari anak-anaknya.’Dah jumpa mak kau,’tegur Mid kepadaku.’Belum lagi.Mungkin dalam perjalanan,’jawabku ringkas.’Aku dah jumpa dah.Ok aku balik dulu,’sambil melangkah ke arah tempat meletak kereta.

Selepas berjumpa dengan guru kelasku,cikgu Azah,aku berasa kecewa.Kecewa kerana diriku sendiri.Kecewa dengan keputusanku yang amat tidak memuaskan.’Sepatutnya Adi buat persediaan yang cukup untuk peperiksaan.Periksa SPM pun tak lama lagi.Tinggal beberapa bulan jer.Cubalah nyer.Sikit lagi tu.Kalau rajin dah dapat yang terbaik.’tegur cikgu Azah kepadaku.’Di,kenapa ni,termenung jer.’tegur Yun kepadaku.’Entahlah,aku rasa hidup ni kosong dan tak ada yang menceriakan hatiku,’jawabku sambil memandang Yun.’Takper,rilekslah.Periksa setara jer.Jangan serius,ok.SPM belum lagi,’kata Yun dengan selamba.

3 hari kemudian,pelajar asramaku dibenarkan ‘balik kampung’ untuk berjumpa dengan keluarga dan menandatangani buku laporan.Kebiasaanya kami dibenarkan bersama dengan penjaga selama 2 hari sahaja.Aku sudah memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibu dan bapaku.’Takper balik sendiri.Abah takderlah,’kata ibuku.

Selepas mengemaskan barang,aku segera turun untuk menunggu di perhentian bas.Selepas itu aku menaiki bas yang dikehendaki bersama dengan rakanku.Aku menekan loceng ketika bas tersebut tiba di tempat yang aku inginkan.Selepas turun dari bas,aku ternampak seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 16 tahun melintas tanpa melihat kiri dan kanan.Pada masa yang sama juga,sebuah kereta bergerak dengan kelajuan yang tinggi.’’Isy,kereta ni,betul ke tidak,baik aku pergi cepat,’serentak dengan itu aku memeluk perempuan tersebut dengan tujuan untuk menyelamatkannya.’Nasib baik sempat,’’desis hati kecilku.’Awak ni tak sayang nyawa ke.Lintas tak tengok kiri kanan.Kalau dilanggar tadi,’ayatku terhenti disitu.Entah kenapa aku kehilangan idea untuk meneruskan kata-kataku tadi.’Terima kasih kerana menyelamatkan saya.Jika tiada awak,tak tahulah apa nak jadi,’sambil memandangku dengan pandangan yang terharu.’Takper,yang penting awak selamat.Lain kali hati-hati’jawabku pula.’Dia ni boleh tahan juga,’desis hati kecilku.’Nama awak siapa?soalku pula.’Eh,adik takder apa-apa.Biar saya hantar ke hospital?’’kata pemandu kereta tersebut.’Terima kasih bang.Saya takder apa-apa.’katanya.’Oklah kalau macam tu abang balik dulu.Jumpa lagi,’kata pemandu kereta tersebut.Selepas leka memandang kereta pemandu tersebut tiba-tiba,’Mana beg balik kampung aku nyer,’desis hati kecilku.Rupa-rupanya beg tersebut berada di tepi jalan berhampiran sebuah pondok perhentian bas.’Hmm,nasib baik,’desis hati kecilku.’Awak nak pergi mana?Macam menganggu jer,’kata perempuan tersebut.

Namanya Rina.Dia seorang anak yatim.Masih bersekolah di tingkatan empat dan belajar di satu sekolah yang sama denganku.Bapanya meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan ketika pulang membeli kasut sekolah kepunyaan Rina.’Sebenarnya saya rasa bersalah kerana ‘menyebabkan’ ayah saya meninggal,’katanya dengan sedih.Aku turut terharu mendengarnya.Rupanya cerah,tinggi dan periang.Tetapi sejak kemalangan tersebut dia menjadi muram.’Sebenarnya itu adalah takdir,tak perlu kita menangisi perkara yang dah lepas.Kita perlu memandang ke hadapan,merangka perancangan untuk masa depan,jangan sedihnya.Kalau awak sedih,saya lagi sedih,’kataku

Pantas masa berlalu.Aku kena kembali ke asrama kerana masa 2 hari bersama dengan penjaga telah berlalu.Entah kenapa dengan perasaanku.Teringat kembali Rina yang hampir dilanggar kereta.Nampaknya perasaanku sudah kembali ceria sedikit.

Pagi yang indah.Matahari menunjukkan ‘wajahnya’ untuk menjalankan tugasnya.’Ok hari ini kita ada satu pertandingan.Pertandingan menjawab kuiz pendidikan islam.Siapa dapat jawab,cikgu bagi epal,’kata cikgu Fauziah panitia Pendidikan Islam kepada semua pelajar yang berhimpun di tapak perhimpunan setiap pagi.Sebenarnya,aku menggemari aktiviti sebegini kerana boleh mendapat hadiah ‘free’.’Soalannya,ini soalan yang susah ni,apakah maksud iman?’Kulihat suasana ketika itu sunyi kemudian riuh kembali.Tiada pelajar yang berani menjawab.’Di kau jawab di.Nanti dapat epal,’kata Badek.’Oklah nanti aku jawab,’kataku.Kemudian dengan pantas aku bergerak ke pentas,mengambil mikrofon dan menjawab soalan tersebut.Aku berjaya dan sebagai ganjarannya aku diberikan sebiji epal.’Di sikitlah buah epal ni.Aku yang bagi cadangan tau,’kata Nazri sambil memandang buah epal yang sedang ku pegang.’Okies,ambiklah.Kongsi dengan budak-budak tu,’jawabku dengan selamba.

Kringgg,loceng rehat dah berbunyi.Aku ternampak Rina duduk bersendirian ketika makan dengan wajahnya muram.Sebenarnya aku ingin melihat Rina tersenyum.Ayu sekali wajahnya ketika dia tersenyum.Pap,bahuku ditepuk dari belakang,’Tengok siapa tu,tengok....oo nyer,’gurau Tuek kepadaku.’Takder lah,aku tengok kerusi tu cantik sangat,eh budak tu,eh meja tu tersusun rapi lah,’’kataku dengan terkejut.’Kau tengok budak mana ni.Sejak bila pandai tengok perempuan ni.’’kata Tuek kepadaku.’Isy kacau betullah mamat ni.Tak habis-habis,’desis hati kecilku.

‘Urggh,penatnya.Baik tidur cepat.Nanti esok bangun lambat,’desis hati kecilku.’Yun,esok pagi kejutkan akunyer.Pukul 5.30 pagi esok.Esok aku nak pergi awal.Semalam dahlah lambat.’jeritku kepada Yun.Pada ketika itu suasana dorm sunyi kerana ahli dorm turun ke dewan makan untuk menikmati minum malam.Manakala aku pula sudah penat dan perlu berehat untuk bangun awal pada keesokan harinya.

‘Apa imipian awak Rina?Saya ada impian.Impian saya nak menggembirakan hati semua orang,terutamanya Rina,’’kataku kepadanya.Ketika itu aku dan Rina berada di taman bunga yang mempunyai pelbagai pokok bunga.Rina tersenyum,menanmpakkan wajah ayunya.’Itu impian awaknya,’’kata Rina sambil memandangku.’Impian saya adalah untuk menjadi cahaya,’katanya sambil tersenyum kepadaku.’Pelik impian awak tu.Boleh ker jadi cahaya?Hmm,takperlah,’kataku sambil memandang Rina.’Awak pejam mata boleh tak?’soal Rina kepadaku.’Boleh tapi kenapa?’soalku pula.’Saya nak bagi hadiah pada awak,pejam matanya,’’katanya sambil tersenyum.Lantas aku memejamkan mataku dan aku merasakan dadaku berdebar-debar.’Hmmm,’boleh tahan awak ni,’’katanya dan ‘Woi,bangun,bangun dah pukul 6.15 dah ni.Kau dah lambat,’kata Yun sambil mengetuk kuat katilku.’Bangun,dah kul baper dah ni,’Yun menjerit.’Yelah aku bangun,’jawabku ringkas.Dan dengan langkah yang mamai aku segera pergi ke bilik air untuk mandi dan menyiapkan diri untuk ke sekolah.[1]

‘Aku harap mimpi tu jadi kenyataan,’desis hati kecilku.Nyaman sekali suasana sekolahku dengan persekitaran yang dipenuhi dengan pokok hiasan dan pokok buah-buahan.Tema sekolah dalam dusun cuba untuk direalisasikan oleh guruku 2 tahun yang lepas tetapi sudah 2 tahun berlalu dan berjaya mendapat anugerah Taman Terbaik peringkat kedua daerah.Sesungguhnya aku rasa bertuah kerana ditempatkan di sekolah ini.

‘Di ada surat untuk kau,dari Rina,’kata Naz sambil menghulurkan surat tersebut kepadaku.Surat tersebut berwarna merah jambu.Aku terfikir jika surat berwarna merah jambu kebiasaannya adalah surat amaran yang dikeluarkan oleh sesuatu syarikat kerana tidak membayar perkhidmatan mereka.’Eh,aku takder langgan perkhidmatan mana-mana syarikat,’’fikirku sambil tersenyum.Lantas aku membuka sampul surat berwarna merah jambu dan membacanya apabila rakan-rakanku sibuk berbual tentang keadaan semasa.

Assalamualaikum,

Rina sihat di sini,awak macam mana pula?Sebenarnya jika tidak keberatan saya mahu berjumpa dengan awak.Itu jika awak tak keberatan.Hari Sabtu pukul 5 petang,Taman Bunga di Jalan Melor dekat dengan Taman Pelangi.Jika awak tak boleh datang takperlah.Tapi saya tetap akan menunggu.Ok...Bye dan jaga diri baik-baik.

‘Kau baca apa tu,suratnya,’kata Mid yang duduk bersebelahan denganku.’Eh mana ada.Aku baca surat saman lah,tak der lesen motor tu yang aku kena saman tu,’kataku sambil menyimpan kembali surat Rina ke dalam beg ku.Kebetulan pada hari esok adalah hari balik kampung maka,’Isy tak sabar aku nak jumpa dengannya.Aku harap mimpiku jadi kenyataan,’desis hati kecilku.Kebetulan pada hari esok adalah hari balik kampung maka ini adalah peluang yang sesuai untuk berjumpa dengannya.

Suasana di rumah sunyi.Tiada keriuhan kedengaran.Kebiasaannya apabila aku tiba saja di rumah aku disambut oleh adikku.’Mungkin adik gi sekolah agaknya,’desis hati kecilku.Taman Pelangi terletak hanya 15 minit jika berjalan kaki.Aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja lantaran kerana jaraknya terlalu hampir dengan rumahku.

‘Sorry,lambat sampai tadi.Tadi emak Rina suruh beli barang tadi,’kata Rina sambil menepuk bahuku.Aku terkejut dan terpegun melihat Rina.’First time aku nampak dia tersenyum,’desis hati kecilku sambil memandangnya.’Eh,jangan pandang macam tu.Nanti lipas masuk dalam mata nanti baru tahu,’katanya sambil tersenyum.’Awak ni ratu lipasnya,patutlah lipas sukakan awak,’gurau ku kepadanya.’Sudah,jangan merepek.Jom duduk kat sana.Jom,’katanya sambil memandangku.

Suasana di taman itu sungguh redup.’Sama macam dalam mimpi,’desis hati kecilku.Aku dapat merasakan bahawa mimpiku akan menjadi realiti.Namun hanya masa sahaja yang menentukan.’Awak suka buat apa jika ada masa lapang?’soal Rina kepadaku sambil menunggu jawapan daripadaku.’Dia soal apa ni?’desis hati kecilku.’Apa Rina?Saya tak dengar,’sambil meminta kepastian.’Masa lapang,awak suka buat apa?’soalnya kepadaku.’Saya sebenarnya banyak aktiviti masa lapang,misalnya membuat cerpen.Saya memasang impian untuk buat novel pula.Tapi hanya masa yang akan menentukan,’kataku’Awak pula.Apa hobi awak?’soalku pula.’Hmm,banyak sebenarnya tapi saya suka mengumpul anak patung yang menyerupai anak kucing.Sebenarnya naluri saya sudah sebati dengan sifat kucing.Dan impian saya pula adalah sama dengan naluri kucing iaitu menjadi cahaya,’katanya sambil memandangku.’Alamak sama macam dalam mimpi tulah,’desis hati kecilku.Rina menyambung kembali kata-katanya’Pelikkan,tapi dengan adanya cahaya semua orang akan dapat menyambung kembali perancangan untuk mencapai impian,’kata Rina sambil memandangku.’Boleh ker kita jadi cahaya?’soalku pula.’Hanya takdir dan masa sahaja yang akan menentukan.Mungkin awak akan faham maksud saya,’jawabnya pula sambil memegang tanganku.’Jom kita pergi sana pula,jom’ajak Rina kepadaku.

Sejak kejadian tersebut aku selalu mengingati Rina bersama dengan impiannya.Aku sudah menemui apa yang aku cari selama ini.Mungkin itulah jawapannya kepada aku yang hampir berputus asa.’Di,cikgu Azah panggil.Katanya nak berjumpa dengan kau,’kata Maza ketika di kelas.’Ok kejap lagi aku sampai,’jawabku pula.Suasana di bilik guru ketika itu sunyi kerana guru sibuk dengan tugasnya iaitu mendidik untuk menjadi insan yang berguna,’Mana buku amali Fizik yang saya nak.Awak sorang jer belum hantar.,’soalnya sambil mendapatkan kepastian daripadaku.’Ada,ada kejap lagi saya ambil.Saya pergi dulunya,’kataku sambil beredar dari situ.’Habis,aku dah siap ker belum,’desis hati kecilku.Setibanya di kelas,aku segera membuka beg dan mencari buku fizikku.Apabila kubuka buku fizikku,’alamak belum siap lagi.Habislah aku,’desis hati kecilku.’Tuek,pinjam buku fizik jap.Yang amali punya,’kataku kepada Tuek sambil menyelak-yelak buku fizikku.’Takder,aku dah hantar,’jawab Tuek kepadaku.Aku dapat membayangkan cikgu Azah memarahiku.’Naz,tolong kejap.Macam mana nak buat prosedur eksperimen ni,’pinta ku kepada Naz.’Ohh,macam ni,’ajarnya pula.

Cuti bulan Ogos selama 5 hari seharusnya dipergunakan untuk membuat ulangkaji.Semalam Rina menelefonku dan dia berkata dia akan menjadi ‘cahaya’ dalam masa yang terdekat.Aku tidak memahami apa yang dimaksudkan olehnya.Kemudian dia memberi perangsang kepadaku agar lebih tekun lagi.Pada keesokan harinya deringan telefon mengejutkanku.’Hello,boleh bercakap dengan Adi,’pilu sahaja suaranya itu.’Ya ini Adi,’jawabku pula.

Panggilan telefon itu sebenarnya dari ibu Rina.Dia menyuruh aku pergi ke hospital kerana Rina ingin berjumpa denganku.Lantas aku mencapai helmet dan menaiki motosikal untuk pergi ke hospital.25 kilometer jaraknya dari rumahku.’Kuatkan semangat Rina.Kau boleh,’desis hati kecilku.

Setibanya di hospital aku pergi ke aras 2 menghadap ke arah timur dan pergi menuju ke bilik bernombor 10.Aku terjumpa ibu Rina dan menyuruhku masuk ke dalam.Aku lihat Rina tenat tapi dia masih menguntum senyuman kepadaku.Bunyi mesin pengesan denyutan jantung begitu jelas kedengaran.’Jika pelajar terjumpa mesin tersebut ingat itu berfungsi seperti osiloskop sinar katod,’cetus fikiranku.’’isy kacau betullah’desis hati kecilku.Kulihat Rina seperti hampir memejamkan matanya.Lantas aku memegang tangannya agar Rina menguatkan semangat.’Impian saya,cahaya akan saya kecapi,sekejap lagi,’kata Rina sayu.’Kuatkan semangat Rina,awak masih ada harapan,’kataku memberikan perangsang kepadanya.’Mungkin takdir telah menentukan Rina untuk mencapai impian Rina.Sebenarnya saya sukakan awak dan,Uhuk,uhuk,’Rina batuk dan mengeluarkan darah.Mesin pengesan jantung kulihat grafnya menjadi tidak menentu.’Rina,kuatkan semangat,Rina,tolonglah.Demi saya dan ibu awak,’kataku padanya.Kulihat ibunya merembeskan air matanya.’Nak,kuatkan semangat.Hanya Rina jer yang mak ada,’kata ibunya kepada Rina.Aku segera memanggilkan doktor dan belum sempat ku memegang tombol pintu untuk berjumpa dengan doktor Rina sudah ditakdirkan ilahi untuk menjadi ‘cahaya.’’Teeeeeeeet,’bunyi mesin pengesan denyutan jantung.Setibanya doktor tiba di situ ibu Rina meraung sambil menyebut nama Rina berulang-ulang kali.’Dia sudah tiada.Penyakit hatinya lekas merebak ke sel otak.Saya harap puan bersabar dan ini adalah ketentuan ilahi,’ucap doktor tersebut dengan kata-katanya yang sayu.

Kini sudah 3 tahun berlalu.Aku sudah menemui jawapannya sejak kematian Rina.Tanpanya mungkin aku tidak menemui jawapannya sehingga kini.Aku baru kembali dari menguruskan hartanah dengan sebuah estet yang popular iaitu Guthrie.’Pap,’aku terjatuh dan kulihat seorang perempuan melanggarku.’Ops sori nyer encik.Saya terlanggar tadi sebab nak kejar kucing saya.Maafnyer encik,’ucap perempuan tersebut.’Mukanya macam Rina,’desis hati kecilku.’Eh takper,baik-baik jalan tu,’kataku kepadanya.Masih terimbas kembali kenangan ku kepadanya,’Rina nak jadi cahaya,sebab dengan cahayalah manusia dapat meneruskan impian mereka,’Kenangan 3 tahun yang lepas masih tersimpan kemas dalam ingatan.Aku terfikir jika ada seribu wajah yang sama dengan Rina mungkin impiannya tidak sama dengan Rina yang ini.’Saya nak jadi cahaya,’Oh,Rina.Jikalah kau ada pasti akan tersenyum melihat perubahan diriku...

Trimas kepada:
Yun
Mirul
Aina
Rina
Mail
Dan semua watak yang terlibat dalam pembabitan pembuatan cerpen ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin